Perut Terburai Ketika Roadblock: Motif Berebut Teman Wanita

Offline
08-21-2017, 10:06 PM,
#1
Motif berebut teman wanita

resim
resim

Berebut teman wanita dikenal pasti sebagai motif lelaki ditetak dengan parang di kondominium PV20, Setapak, sebelum penyerangnya ditahan ketika membawa mangsa melalui sekatan jalan raya di Jalan Reko, Kajang, 11.30 malam kelmarin.



Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mangsa

yang berusia 23 tahun hendak dibawa ke Kajang bagi ‘menyelesaikan’ masalah berkenaan.

Katanya, empat suspek yang ditahan direman sehingga esok.

"Punca kejadian dipercayai akibat berebut teman wanita sebelum suspek dan mangsa membuat pertemuan di PV20.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (Kajang) menyerahkan kes untuk disiasat IPD Wangsa Maju. Suspek direman selama tiga hari bermula semalam," katanya.

Portal berita Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah dan perut terburai ditemui dalam kereta yang ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Reko, Kajang.

Dalam sekatan jalan raya pada 11.20 malam di selekoh Jalan Reko menghala ke Metro Kajang, pasukan Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan Honda Accord kelabu yang dinaiki lima lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Polis membuat pemeriksaan menyeluruh dan menemui seorang penumpang lelaki dalam keadaan berlumuran darah dan perut terburai.

Mangsa dirawat di Zon Merah, Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang dan keadaannya dilaporkan stabil. - Metro

Possibly Related Threads...
Pelajar Hentak Kepala Cikgu Dengan Batu Ketika Sedang Solat
Lelaki Maut Perut Ditusuk Tanduk Kerbau Di Kuala Pilah
Tahfiz Dibakar: Putus Urat Jari Ketika Selamatkan Pelajar
Rakaman Pawang Buaya Mati Dibaham Ketika Mahu Tangkap Buaya
Tetak Ketika Gantung Daging Jualan Aidiladha, Lelaki Didakwa Membunuh
Tak Tahan Sakit Bersalin, Wanita China Bunuh Diri
Pemandu Uber Wanita Naik Myvi Didakwa Maki Polis
Warga Emas Mati Dihempap Ketika Angkat Berat Seorang Diri
Juara Bina Badan Wanita Mati Rentung Dalam Kemalangan Ngeri
Imam Maut Kemalangan Ketika Mahu Ke Masjid Imamkan Solat Jumaat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 32
Perut Terburai Ketika Roadblock: Motif Berebut Teman Wanita
sukawg
112122
Forum Jump: