Pesakit Barah Sendi Lutut Perlu Bantuan

Offline
02-27-2014, 04:09 AM,
#1
Kota Bharu: Seorang suri rumah, Mas Idayu Abd Razak, 19, dari Kampung Belukar, Arau, Perlis memerlukan RM35,000 bagi pembiayaan kos pembedahan implan selepas disahkan menghidap barah sendi lutut kiri.

Anak bongsu daripada enam beradik itu mula dikesan menghidap barah selepas dirujuk di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, pada 9 Februari lalu.


Katanya, pada peringkat awal, dia sakit sendi lulut kiri sebelum melakukan pemeriksaan X-ray di Hospital Kangar, Perlis, pada 27 Disember tahun lalu.



“Saya hanya anggap sakit urat pada sendi lutut, tetapi apabila doktor di Hospital Kangar melakukan X-ray, ketumbuhan dikesan pada sendi lulut kiri dan saya dirujuk ke HUSM pada 9 Februari lalu, sebelum disahkan menghidap barah.


“Saya kini menerima rawatan dan perlu menjalani pembedahan segera,” katanya ketika ditemui bersama suaminya, Wan Zulkhairi Zamberi, 20, di HUSM, Kubang Kerian, di sini, kelmarin.


Bagi Wan Zulkhairi, dia tidak mampu menyediakan kos sebanyak itu kerana hanya bekerja sebagai buruh kampung dengan pendapatan kRM600 sebulan.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menulis cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dengan menyatakan nama pesakit di belakang cek dan menghantarnya kepada Tabung Kebajikan NSTP, Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pesakitbarahsendilututperlubantuan/Article/index_html

Possibly Related Threads...
Mohon Bantuan Adik Aishah Sofea Derita Ketumbuhan Dalam Mulut
Jkm Berhentikan Bantuan Izzarah Sofea
Lelaki Hidap Kanser Gusi Perlukan Bantuan
Mohon Bantuan Adik Farisha Hidap Kanser Mata
Minta Bantuan Dana Pembedahan Adik Ismail Zhafran
Suami Isteri Miskin Rayu Bantuan Rawat 3 Anak
Warga Emas Rayu Bantuan Bina Rumah, Malam Masih Guna Pelita
Bantuan Diperlukan. Ibu Kemalangan Baby Dalam Rahim Terkeluar
Kanak-kanak 9 Bulan Mohon Bantuan
[bhariannasional]_nur Ain Perlu Bantuan Bedah Sum-sum Tulang



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 899
Pesakit Barah Sendi Lutut Perlu Bantuan
sukawg
82296
Forum Jump: