Pesawat Russia Terhempas, 71 Penumpang Maut

Offline
02-11-2018, 10:51 PM,
#1




resim
resim
Pesawat AN-148 kendalian Saratov Airlines. - wikimedia

MOSCOW 11 Feb. - Sebuah pesawat penumpang Rusia terhempas di pinggir ibu negara ini hari ini sejurus berlepas daripada Lapangan Terbang Domodedovo.

Pesawat Antonov An-148 itu yang dikendalikan syarikat penerbangan Saratov Airlines sedang dalam penerbangan ke Orsk, sebuah bandar di Urals dan terhempas di daerah Ramensky, di luar Moscow.

Agensi berita Rusia melaporkan, pesawat itu membawa 65 penumpang dan 6 krew. - AFP/Utusan


====

Tiada yang terselamat

MOSCOW - RUSIA. Sebuah pesawat Rusia membawa 65 penumpang dan enam kru dilaporkan terhempas selepas ia hilang dari radar selama dua minit, hari ini.


Pesawat Antonov An-148 milik Saratov Airline itu dalam perjalanan menuju ke bandar Orsk berhampiran sempadan Kazakhstan selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo di Moscow.

Agensi berita Interfax memetik sumber kecemasan melaporkan pesawat itu dipercayai terhempas berhampiran Argunovo terletak kira-kira 80 kilometer tenggara Moscow.

"Tiada mangsa terselamat. Penjejak menunjukkan ia telah mencapai ketinggian kira-kira 1,950 meter ketika insiden itu berlaku," menurut laporan itu lagi.

Sementara itu, Kementerian Kecemasan Rusia dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan keselamatan telah dihantar ke lokasi kejadian selepas bangkai pesawat tersebut ditemui yang mana beberapa mayat penumpang turut ditemui berhampiran bandar kecil Zvyozdny.

Punca nahas itu masih belum diketahui, namun Kementerian Pengangkutan tidak menolak kemungkinan ia disebabkan oleh cuaca buruk atau kesilapan juruterbang. - Agensi/Sinar






Saratov Airlines flight 6W703 crashed in Russia, here's what we know so far:

- Plane crashed shortly after take-off from Moscow en route to Orsk
- All 71 people onboard dead
- Cause of crash not known
- Inquiry launched
- Search operation continues under adverse weather 

Possible explosion from first images of debris position-shape

resim
resim
resim

Possibly Related Threads...
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
3 Sekeluarga Maut Alza Bertembung Triton Di Machang
Bas Terbabas Jatuh Gunung Di Peru, 44 Disahkan Maut
Nahas Tukar Tayar Myvi, 2 Beranak Maut Dirempuh Lori
Myvi Terbabas, Pasangan Warga Emas Maut Di Kulim
Pelajar Maut Motosikal Ditunggang Bertembung Myvi
2 Maut Myvi Rempuh Plaza Tol Batu Tiga Yang Dimansuhkan
13 Maut Helikopter Jatuh Terhempas Atas Van Di Mexico
Penunggang Y15 Maut Rempuh Kereta Tiba-tiba Buat Pusingan U
Penunggang Z800 Maut Putus Kepala Terkena Besi Pembahagi Jalan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 28
Pesawat Russia Terhempas, 71 Penumpang Maut
sukawg
115799
Forum Jump: