Peserta Payung Terjun Tersangkut Di Tingkat 15 Di Sibu

Offline
09-21-2017, 08:25 PM,
#1
resim
resim
GARY Favre dari Australia tersangkut pada Tingkat 15, Wisma Sanyan, Sibu selepas merempuh dinding bangunan berkenaan. - Foto oleh Harun Yahya

resim

SIBU: Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku kepada seorang penerjun udara bebas warga Australia yang terselamat selepas terhempas ke dinding kaca Wisma Sanyan di sini, ketika melakukan terjunan percubaan dari atas bangunan itu, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, tali payung terjun Gary Favre tersangkut di dinding bangunan itu yang menyebabkannya merempuh dinding kaca di tingkat 15 bangunan tertinggi di Sarawak itu, dipercayai akibat angin kencang.

Sebahagian dinding kaca di tingkat 15 bangunan turut pecah akibat rempuhan itu. Bagaimanapun, beliau hanya cedera ringan dengan luka di kaki dan paya, dipercayai terkena serpihan kaca.

Favre adalah seorang daripada peserta Sibu International BASE Jump 2017 yang melakukan terjunan percubaan hari ini, sebelum terjunan sebenar bermula esok.

Seramai 84 peserta dari 10 negara mengambil bahagian dalam program itu.

Residen Sibu, Hii Chang Kee, berkata mangsa bernasib baik kerana tali payung terjunnya tersangkut di dinding bangunan itu sebelum dibawa turun oleh pasukan penyelamat dan diberikan rawatan kecemasan.

"Beliau diberikan rawatan kecemasan di bilik perubatan yang disediakan di tapak terjunan sebelum dikejarkan ke hospital swasta untuk rawatan lanjut.

"Insiden seperti itu sering berlaku dalam aktiviti sukan BASE Jump dan penganjur akan terus mengingatkan penerjun untuk lebih berhati-hati," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penerjun BASE Malaysia, Kapten (B) A Aziz Ahmad, ketika dihubungi berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

"Kemalangan ini boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana-mana terjunan seperti ini dilakukan," katanya. - BHarian

Possibly Related Threads...
Pelajar Lelaki Maut Jatuh Tingkat 5 Asrama Perempuan Unimap
2 Lelaki Mati Ditembak Ketika Sedang Makan Di Sibu
Sudah Jatuh Motor Kepala Tersangkut Pula Pada Celah Penghadang Jalan
Budak Tinggal Seorang Diri Maut Jatuh Tingkat 13 Di Sentul
Gadis Terjun Tingkat 17 Lepas Bertengkar Dengan Teman Lelaki
Peserta Bersih 3.0 Buta Mata Dapat Pampasan Rm28,000
Wanita Maut Lepas Terjun Ketika Polis Buat Serbuan Di Jalan Ipoh
2 Terbunuh Perodua Axia Jatuh Terjunam Dari Tingkat 4 Di Genting Highlands
Pemuda Sakit Mental Campak Peti Sejuk Dari Tingkat 13
Penagih Dadah Ditahan Ketika Temuduga Mahu Jadi Konstabel Polis Di Sibu



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 58
Peserta Payung Terjun Tersangkut Di Tingkat 15 Di Sibu
sukawg
112638
Forum Jump: