Peta Malaysia Mungkin Disemak Semula

Offline
12-20-2017, 08:31 AM, (This post was last modified: 12-20-2017, 08:32 AM by Reez Ramsey.)
#1
resim
Dr Wan Junaidi



KUALA LUMPUR - Peta Malaysia mungkin perlu disemak semula berikutan penemuan baharu tentang wilayah perairan negara ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beberapa perkara mungkin perlu di bawa kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendapatkan lampu hijau daripada badan dunia itu untuk dimasukkan ke dalam peta negara ini.

“Kerajaan akan pertahankan apa yang menjadi milik negara di badan dunia itu jika perlu berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di Jabatan Ukur dan Pemetaan di sini, hari ini.

Beliau memberi contoh tentang dokumen dan peta yang dijangka dikemukakan kepada PBB tahun depan berkaitan pelantar benua di perairan Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, dalam ucapannya, Wan Junaidi berkata, kali terakhir Malaysia mengemas kini petanya ialah 38 tahun lepas.

Kata beliau, tindakan itu merupakan episod penting dalam sejarah Malaysia apabila negara ini menuntut kawasan seluas 556,285km persegi sebagai wilayah perairannya.

Possibly Related Threads...
Kisah Perogol Bersiri Malaysia, Sebelum Mati Minta Buku Seks Dimasukkan Dalam Keranda
Negara Yang Menggembirakan Mungkin Juga Negara Yang Tercantik Di Dunia
Kitab Taurat Yang Mungkin Paling Tua Di Dunia ditemui
Sejarah Nahas Udara Di Malaysia
Sejarah Ringkas Parlimen Malaysia - "mara! Kita Halilintar..." Ekekeke....
Kronologi Kematian Botak Chin Di Tali Gantung Yang Mungkin Kita Tidak Tahu.
Sejarah Polis Di Raja Malaysia (pdrm) Selama 206 Tahun Sejak 1807.
Peta tanah US original (7 Gambar)
WajibBaca_Serius Peniru - Asal Usul Lagu Welcome to Malaysia Rosalinda Ditemui



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 31
Peta Malaysia Mungkin Disemak Semula
Reez Ramsey
114546
Forum Jump: