Pm Israel Kantoi Video Tunjuk Hidup Sederhana Sebenarnya Dirakam Di Rumah Pembantu

Offline
02-20-2015, 12:49 PM,
#1
resim
Imej daripada filem dokumentari mengenai kehidupan Benjamin Netanyahu memaparkan isterinya, Sara menunjukkan dapur ‘sederhana’ yang mereka gunakan. – Agensi

TEL AVIV 19 Feb. - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dimalukan apabila filem pendek yang kononnya menunjukkan gaya hidup beliau yang sederhana, rupa-rupanya dirakam di tempat tinggal pembantu rumahnya.

Portal Daily Mail melaporkan, filem selama 15 minit yang dirakam oleh pereka hiasan dalaman rumah, Moshik Galamin memaparkan isteri Netanyahu, Sara menunjukkan kediaman mereka yang agak usang seperti pintu berbunyi dan permaidani yang lusuh.

Sara juga melahirkan rasa malu kerana tidak mempunyai bajet untuk memperbaiki keadaan itu sebelum lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada tahun lalu yang memaksa beliau duduk di kerusi dengan kesan tumpahan air kopi.

Bagaimanapun, Galamin dilapor tidak dibenarkan memasuki bahagian atas rumah Netanyahu, manakala saluran televisyen Israel, Channel 10 TV mendakwa dapur yang ditunjukkan dalam filem itu tidak digunakan oleh keluarga Perdana Menteri itu, tetapi sebaliknya oleh pembantu dan kakitangannya.

Video memalukan itu diterbitkan bagi menafikan kontroversi perbelanjaan Netanyahu selepas agensi pemantau mengkritik perbelanjaan beliau menggunakan dana awam.

Agensi kerajaan yang mengawal perbelanjaan negara mendapati, jumlah perbelanjaan ‘melampau’ menggunakan dana awam digunakan oleh Netanyahu dan isterinya untuk membeli makanan, perabot, dan penjagaan halaman rumah di kediaman rasmi dan rumah peribadi mereka.

Parti pembangkang, Parti Yesh Atid menjelaskan, laporan dan video tersebut menggambarkan bagaimana Netanyahu tidak sedar masalah sebenar yang dihadapi oleh penduduk biasa Israel.

Possibly Related Threads...
3 Israel Mati Ditembak Penduduk Palestin
Imam Masjid Al Aqsa Ditembak Tentera Israel
Tentera Israel Tahan Mufti Besar Baitulmaqdis
Kerja Penggalian Israel Musnahkan Masjid Al Aqsa
Pesawat Pm Israel Melencong Jauh Lepas Indonesia Halang Masuk Ruang Udara
6 Lelaki Palestin Dihukum Mati Kerana Belot Bersubahat Dengan Israel
Jet Pejuang Israel Lancar Serangan Ke Gaza
Pangkalan Udara Syria Diserang Roket Dari Israel
Israel Dijilat Api, Terpaksa Minta Bantuan Negara Jiran
Trump Jamin Baitulmuqqadis Milik Israel Jika Dilantik Presiden Amerika



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 572
Pm Israel Kantoi Video Tunjuk Hidup Sederhana Sebenarnya Dirakam Di Rumah Pembantu
sukawg
93357
Forum Jump: