Pm Najib Berpeluang Masuk Kaabah

Online
01-11-2018, 07:19 PM,
#1


resim

KUALA LUMPUR: Selepas diberi penghormatan memasuki kawasan makam Rasulullah SAW di Madinah semalam, Datuk Seri Najib Razak, hari ini berpeluang memasuki Kaabah ketika menunaikan umrah di Makkah.



"Allahuakbar, rasa cukup terharu dan bersyukur diberi berpeluang memasuki Kaabah, melihat rumah Allah. Syukur Alhamdulillah," kata Perdana Menteri menerusi entri di laman sosial rasminya hari ini.

Najib turut mengucapkan syukur kerana dapat mengerjakan tawaf bersama keluarganya termasuk isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan ibu, Tun Rahah Mohammad Noah.

"Syukur Allah kurniakan rahmat kesihatan dapat tawaf bersama bonda dan keluarga. Alhamdulillah," katanya.

Perdana Menteri dan rombongan mengerjakan umrah sempena lawatan kerja ke Arab Saudi sejak 8 Januari lalu, atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Lawatan itu bagi membincangkan isu dua hala yang dipersetujui kedua-dua negara ketika kunjungan Raja Salman ke Malaysia, tahun lalu. Najib dan rombongan turut diberi taraf tetamu negara oleh Kerajaan Arab Saudi.

Semalam, menerusi kenyataan di Facebook rasminya, Najib berkata Raja Salman memberi kebenaran kepada beliau dan keluarga untuk memasuki makam Rasulullah dan melawat Raudhah selepas solat Isyak di Masjid Nabawi di Madinah.

"Kami bersyukur dapat memasuki makam Nabi Muhammad dan diberi penghormatan berbuat demikian kerana ia hanya diberikan kepada tetamu istimewa Kerajaan Arab Saudi dan tidak ramai mendapat peluang itu," katanya. - BHarian

Possibly Related Threads...
Budak 6 Tahun Genius Masuk Kolej Permata Pintar
Singapura Mansuh Tol Masuk Di Woodlands Bermula 1 Februari
Ibu Bapa Diperdaya Pemilik Taska, Anak Masuk Januari Tapi Disember Kena Bayar
Aduh... Yuran Tadika Macam Nak Masuk U!
Anak Buaya Masuk Kampung
Masuk Separuh Tangan Dalam Mulut Budak Keluarkan Syiling 50 Sen Sangkut Di Tekak
Lepas Potong Kena Masuk Islam Ke? Tanya Brian
Arab Saudi Pintas Peluru Berpandu Masuk Ruang Udara
Pm Najib Tak Pernah Ganggu Sprm, Kata Dzulkifli
Amoi Malaysia Bebas Tuduhan Belanjakan Rm13 Juta Lepas Bank Tersalah Masuk



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 29
Pm Najib Berpeluang Masuk Kaabah
sukawg
115053
Forum Jump: