Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17

Offline
07-17-2017, 08:36 PM,
#1


resim

VIJFHUIZEN: Tiga tahun selepas Penerbangan MH17 ditembak jatuh peluru berpandu di ruang udara Ukraine, lebih 2,000 saudara mara mangsa berkumpul hari ini untuk mendedahkan 'tanda peringatan bernyawa' kepada orang tersayang.



Keseluruhan 298 pokok ditanam dalam bentuk reben hijau, satu untuk setiap mangsa yang terkorban dalam pesawat MAS dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Raja Belanda, Willem-Alexander dan Ratu Maxima, menyertai pegawai kerajaan dan antarabangsa pada majlis itu untuk tujukan peringatan di taman di Vijfhuizen, berhampiran Lapangan Terbang Schipol di Amsterdam, lokasi penerbangan itu berlepas pada 17 Julai 2014.

Nama semua 298 penumpang dan kru yang terkorban dalam bencana berkenaan dibacakan oleh anggota keluarga masing-masing, dan 17 kanak-kanak tempatan meletakkan kalungan bunga.

Kebanyakan mangsa ialah rakyat Belanda tetapi ada 17 warga negara lain dalam pesawat itu termasuk Australia, Britain, Malaysia dan Indonesia.

"Pokok adalah simbol 'harapan' dan 'masa depan' dalam banyak budaya.

"Kami bukan saja mahu menghormati mangsa MH17 tetapi juga mewujudkan tempat yang membolehkan semua orang memastikan memori 298 penumpang terus hidup," kata persatuan keluarga mangsa dalam kenyataan.

Dibiayai oleh sumbangan orang ramai, projek itu direka oleh artis Ronald A Westerhuis dan arkitek landskap, Robbert de Koning selepas ia dipilih daripada tiga cadangan dikemukakan saudara mara mangsa pada lewat 2015. - AFP/BHarian

Possibly Related Threads...
Waris Mh17 Diberi Taklimat Pagi Ini
Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan
Pokok Pertama Mengenang Tragedi Mh17 Ditanam
Suspek Tembak Mh17 Dijangka Diketahui 2018
Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda
Perbicaraan Tragedi Mh17 Mungkin Di Australia
Tragedi Mh17: 100 Suspek Dikenal Pasti
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
Keputusan Awal Siasatan Jenayah Nahas Pesawat Mh17 Bulan Depan
Keluarga Mangsa Saman Presiden Putin, Russia



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 150
Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17
sukawg
111441
Forum Jump: