Pokok Pertama Mengenang Tragedi Mh17 Ditanam

Offline
03-19-2017, 09:59 PM,
#1


resim

VIJFHUIZEN – Ahli-ahli keluarga penumpang Belanda pesawat MH17 yang terbunuh di Ukraine pada 2014 menanam pokok pertama di taman peringatan, tidak jauh dari tempat pesawat malang itu berlepas.



“Hari ini adalah hari yang sangat penting untuk semua keluarga terdekat. Kami menanam pokok pertama … untuk mewujudkan suatu tanda peringatan MH17,” kata Evert van Zijtveld, Pengerusi yayasan untuk mangs-mangsa MH17.

van Zijtveld berkata, mereka akan menanam pokok untuk memastikan memori itu tidak dilupai dan mengingatkan bahawa keluarga-keluarga mangsa masih mahukan keadilan.

Beliau kehilangan anak lelaki dan anak perempuan serta ibu bapa mertua dalam tragedi itu.

Pesawat Malaysia Airlines, Boeing 777 itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Kesemua 298 orang penumpang yang majoriti warga Belanda terbunuh.

“Sebanyak 298 pokok yang ditanam akan memperingatkan kami kepada setiap nyawa dalam kejadian 17 Julai itu,” kata Menteri Luar Belanda, Bert Koenders yang turut menyertai acara itu.

Taman tersebut yang diwujudkan dalam bentuk reben gergasi yang terdiri daripada pokok epal, ash dan hawthorn, terletak beberapa kilometer dari lapangan terbang Schiphol, lokasi MH17 berlepas pada hari kejadian. - MG

Possibly Related Threads...
Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17
Waris Mh17 Diberi Taklimat Pagi Ini
Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan
Suspek Tembak Mh17 Dijangka Diketahui 2018
Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda
Perbicaraan Tragedi Mh17 Mungkin Di Australia
Tragedi Mh17: 100 Suspek Dikenal Pasti
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
Keputusan Awal Siasatan Jenayah Nahas Pesawat Mh17 Bulan Depan
Inkues Tragedi Letupan Pesawat Mh17 Bermula



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 217
Pokok Pertama Mengenang Tragedi Mh17 Ditanam
sukawg
108869
Forum Jump: