Polis Cantik Jadi Sensasi Di Korea

Offline
10-02-2015, 07:18 AM,
#1
resim
resim

SEOUL 1 Okt. – Seorang model bikini jenama Maxim, menjadi perbualan hangat di laman Instagram di Korea Selatan, sejurus dia memuat naik gambarnya berpakaian seragam polis menerusi laman sosial Instagramnya.

Menurut Daily Mail, Kim Miso, 25, turut digelar sebagai polis wanita paling cantik di Korea Selatan.

Sebelum ini, Kim Miso dikenali sebagai seorang model dan peserta pertandingan ratu cantik, Miss Maxim Korea 2014, tetapi kini telah menukar kerjaya menjadi seorang anggota polis.

Laman web Korea Dispatch melaporkan, Kim Miso memuat naik gambarnya memakai pakaian seragam polis di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Gambar tersebut menjadi perhatian ramai pengguna Internet di Korea berikutan ramai yang memuji kerjaya baharu Kim Miso dan bentuk tubuh serta wajahnya yang cantik.

Disebabkan ramai pengguna web yang berkongsi gambar tersebut, Kim Miso, sekali gus mendapat gelaran sebagai anggota polis wanita tercantik di Korea Selatan, menurut media Korea.

Gambar-gambar dia berbikini dan juga pos seksinya juga telah dimuat naik bersama gambarnya berpakaian seragam polis.

Pusat Akademi Polis Korea Selatan mengesahkan bekas model itu telah berjaya menamatkan latihan dan kini ditugaskan di sebuah jabatan polis di Seoul. - Utusan

Possibly Related Threads...
Viral Polis Cantik Di Kl2017, Netizen Rela ' Ditembak'
Pemuda Buat Hal Di Jepun Repot Polis Lepas Dikecam Netizen
Polis Beri Amaran Kepada Golongan Ateis
Beg Shopping Hina Pm, Polis Siasat Di Bawah Akta Hasutan
Model Jelita Lapor Polis Lepas Datuk Bandar Mungkir Janji Untuk Mengahwininya
Lelaki Tua Disiasat Polis Singapura Kerana Nakal
Main Permainan Video Berunsur Ganas Berisiko Jadi Nyanyuk
Curi Baju Untuk Pergi Temuduga, Polis Beri Peluang Kedua
Makcik Jadi Viral Boleh Mengira Pesanan Tanpa Guna Kalkulator
Bapa Lapor Polis Lepas Anak Dirotan Cikgu Di Hadapannya Sendiri



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 1373
Polis Cantik Jadi Sensasi Di Korea
sukawg
98652
Forum Jump: