Polis Cedera Digigit, 4 Beranak Ditahan Lepas Halang Tahan Suspek Dadah

Offline
01-23-2018, 03:35 PM,
#1
resim
Suspek pengedar dadah yang ditangkap polis, semalam

BESUT - Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera di tangan kanan selepas digigit seorang wanita hanya kerana mempertahankan abangnya daripada ditangkap.

Anggota berkenaan mahu menangkap abang wanita berkenaan di sebuah stesen minyak dekat Kampung Raja, di sini, petang semalam.

Wanita berusia 22 tahun itu merupakan salah seorang daripada empat beranak yang ditahan polis kerana menghalang tugas polis menangkap suspek pengedar dadah berusia 39 tahun dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, empat beranak yang ditahan itu adalah ibu suspek berusia 53 tahun, dua adik perempuannya berusia 20 dan 22 tahun dan kakak tiri berumur 35 tahun.

Menurutnya, kesemua mereka yang beralamat di Felda Selasih dekat sini ditahan kerana telah menghalang pasukan polis daripada melakukan tangkapan terhadap suspek.

“Selain menggigit tangan kanan anggota polis yang kemudiannya terpaksa mendapat rawatan di Hospital Besut, mereka berempat turut menghambur kata-kata kesat kepada pihak polis,” katanya.

Mohd Zamri berkata, sebelum itu polis memburu suspek lelaki itu susulan serbuan dibuat polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Besut  di Felda Selasih jam 1 petang hari sama.

“Dalam serbuan tersebut suspek berjaya meloloskan diri namun kad pengenalannya tertinggal di situ namun seorang rakannya  berusia 34 tahun berjaya diberkas.

Mohd Zamri berkata, dalam serbuan di tanah rancangan itu polis berjaya merampas tujuh botol mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin, 270 biji pil dipercayai pil kuda dan cecair seberat 50 mililiter.

Menurutnya, turut disita tiga buah kereta dan dua buah motosikal selain rampasan wang tunai RM600 milik kedua-dua suspek lelaki.

“Kesemua suspek termasuk empat beranak itu ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya. - Sinar

Possibly Related Threads...
Jalin Hubungan Dengan Pakcik Sendiri, Anak Saudara Cedera Dikelar Makcik
Inspektor Polis Makan Rasuah Rm25,000 Dipenjara 6 Tahun
Lelaki Ditahan Gara-gara Baling Surat Saman Ke Arah Polis
Sarjan Polis Ditahan Sprm Minta Rasuah Rm13,000
Penyamun Masuk Perangkap, Ditahan Jual Kamera Kepada Pemiliknya
Nahas Tukar Tayar Myvi, 2 Beranak Maut Dirempuh Lori
Gadis Cantik Patah Kedua-dua Bahu Lepas Langgar Lembu
Polis Nafi Lindungi Kegiatan Tarik Kereta
Remaja Ditahan Tumbuk Kepala Anggota Polis Trafik
Pencuri Motor Dengan Rela Serah Diri Lepas Tertinggal Mykad



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 46
Polis Cedera Digigit, 4 Beranak Ditahan Lepas Halang Tahan Suspek Dadah
sukawg
115344
Forum Jump: