Polis Israel Ceroboh Masjid Al-aqsa

Offline
07-26-2015, 08:33 PM,
#1
resim

BAITULMAQDIS: Polis Israel hari ini dilaporkan memasuki tempat suci Islam, Masjid Al-Aqsa yang didakwa bagi membanteras kumpulan perusuh Islam.

"Kumpulan perusuh yang bertopeng itu dikatakan lari bersembunyi di dalam masjid dan mula membaling batu ke arah polis dari dalam Masjid al-Aqsa," kata polis Israel.

"Mereka juga membaling mercun ke arah anggota polis menyebabkan kecederaan.

"Bagi menghalang kekacauan dan mencegah daripada lebih ramai anggota polis cedera, pasukan keselamatan memasuki beberapa meter ke dalam kawasan dan dalam masjid yang berhampiran pintu masuk," kata polis.

Bagaimanapun setakat ini tiada laporan segera mengenai kecederaan yang membabitkan rakyat Palestin.

Seorang jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian melaporkan, enam penduduk Palestin sudah ditahan.

Polis Israel juga dilaporkan menambah anggota keselamatan di pagar Old City sepanjang malam sebagai langkah berjaga-jaga apabila ribuan penganut Yahudi berarak untuk upacara keagamaan ke Western Wall.

Terdapat juga tunjuk perasaan ketika solat Jumaat apabila penduduk Islam membantah tindakan seorang wanita Yahudi yang menerbitkan kenyataan menghina Nabi Muhammad.

Possibly Related Threads...
Imam Masjid Al Aqsa Ditembak Tentera Israel
Artifak Berharga Dalam Masjid 
al Aqsa Dikhuatiri Hilang
Tentera Israel Tahan Mufti Besar Baitulmaqdis
Kerja Penggalian Israel Musnahkan Masjid Al Aqsa
Pesawat Pm Israel Melencong Jauh Lepas Indonesia Halang Masuk Ruang Udara
6 Lelaki Palestin Dihukum Mati Kerana Belot Bersubahat Dengan Israel
Jet Pejuang Israel Lancar Serangan Ke Gaza
Pangkalan Udara Syria Diserang Roket Dari Israel
Israel Dijilat Api, Terpaksa Minta Bantuan Negara Jiran
Trump Jamin Baitulmuqqadis Milik Israel Jika Dilantik Presiden Amerika



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 463
Polis Israel Ceroboh Masjid Al-aqsa
sukawg
97225
Forum Jump: