Polis Kedah Tahan Lelaki Bersama Setengah Tan Ganja

Offline
10-18-2017, 10:19 PM,
#1
resim
Antara ketulan ganja yang dirampas dalam sebuah kenderaan di Kuala Kedah pagi tadi.

ALOR SETAR – Polis Kedah merampas ketulan ganja seberat 527.9 kilogram dalam sebuah kenderaan di lampu isyarat dekat Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah awal pagi ini.

Seorang lelaki yang menjadi pemandu kereta itu turut ditahan.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh sepasukan polis menemui 13 guni yang mengandungi ketulan dadah di bahagian belakang penumpang bekalang.

Setiap guni itu berisi 41 ketulan ganja menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 533 ketulan.

Siasatan awal mendapati lelaki yang berusia 26 tahun itu merupakan pembantu kedai runcit.

Suspek dikatakan telah datang ke Kuala Kedah seorang diri untuk mengambil ganja dari seorang lelaki tempatan untuk dibawa ke Sungai Buloh.

Lelaki itu mendakwa mendapat upah sebanyak RM3,000 dari seorang lelaki lain.

Suspek telah terlibat dalam aktiviti pengedaran ganja selama setahun dan dia juga didapati positif dadah.

Lelaki berkenaan akan ditahan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952. - MG

Possibly Related Threads...
Lelaki Malaysia Edar Syabu Mati Ditembak Ketika Larikan Diri Di Indonesia
Lelaki Ditahan Miliki 200 Pil Kuda Sah Anak Husam Musa
Kekasih Lahir Bayi Hasil Zina, Lelaki Terus Campak Ke Dalam Sungai
Budak Mati Lemas Ketika Mandi Di Kawasan Banjir Di Kedah
Syak Ada Lelaki Lain, Suami Botakkan Kepala Isteri
Lelaki Jerit Allahuakbar Sebelum Pecahkan Pintu Balai Polis Gopeng
Suruh Lelaki Lain Tangkap Ular Dalam Rumah, Isteri Dibelasah Suami
Isteri Dakwa Diculik Rupanya Lari Ikut Teman Lelaki
Pemandu Pecut Ke Balai Elak Disamun 2 Lelaki Berparang
Cintai Isteri Orang, Lelaki Diculik Sebelum Dibunuh Di Seremban
Offline
10-19-2017, 02:50 PM,
#2
Tangkapan (1) lelaki melayu di bawah sek 39B ADB 1952 di Alor Setar Kedah oleh JSJN Kedah

Rampasan: 533 ketulan ganja@ 527.9 kg

Fakta kes:
Bertindak atas maklumat pada 18/10/17 @ 0620 hrs sepasukan anggota JSJN Kedah dan JSJN Bkt Aman telah menahan sebuah kereta Toyota Alphard no pendaftaran WVR XXXX di depan trafik light Tmn Pelangi, Jln Kuala Kedah , Alor Setar Kedah dan menahan seorang lelaki melayu sebagai pemandu dalam kereta tersebut.

Pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai 13 guni berisi slab-slab dadah ganja di bahagian penumpang belakang kereta. Setiap guni berisi 41 slab dan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 533 slab dadah ganja dengan berat kasar 527.9 kilogram. Barang kes dirampas untuk siasatan lanjut.

Ulasan :
Hasil temuduga mendedahkan saspek telah dtg ke Kuala Kedah seorang diri. Saspek bergerak terus dari Sg Buloh Selangor untuk mengambil dadah ganja dari seorang lelaki melayu tempatan untuk dibawa balik ke Sg Buloh Selangor.

Saspek mendapat upah sebanyak RM3,000.00 dari satu lelaki dikenali sebagai 'XXXX'. Saspek telah terlibat selama hampir setahun dalam aktiviti pengedaran dadah dan juga didapati positif dadah ganja.

Saspek akan direman untuk siasatan lanjut.

resim
resim



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 1 <<>> Dilihat: 64
Polis Kedah Tahan Lelaki Bersama Setengah Tan Ganja
sukawg
113385
Forum Jump: