Potong Tak Lepas, Myvi Remuk Tinggal Separuh Bertembung Lori

Offline
08-12-2017, 04:01 PM,
#1
resim
Anggota Bomba membantu mengeluarkan mangsa - FOTO Ihsan Bomba

LELAKI maut selepas Perodua Myvi dipandunya bertembung dengan lori di Jalan Kemuning-Pulau Sebang, Alor Gajah, pada 5.30 petang hari ini.

Mangsa, Eddy Erzukiey Abu Naim, 28, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala selepas tersepit di tempat duduk pemandu.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu seorang diri dipercayai dalam perjalanan dari Gemas, Negeri Sembilan menghala ke Kajang, Selangor.

Menurutnya, lori dipandu lelaki berusia 43 tahun itu pula dalam perjalanan dari Gemencheh, Negeri Sembilan ke Melaka.

"Daripada siasatan awal dan keterangan pemandu lori, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain tetapi tidak lepas sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah hadapan.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut dan punca sebenar kemalangan masih dijalankan pihak polis selain merakam percakapan pemandu lori," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Mohd Sham Abdullah, mengesahkan menerima laporan kemalangan maut itu.

Beliau berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah, bagi proses bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengebumian.

"Polis turut meminta kerjasama orang awam yang melihat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Metro
 

resim
resim
resim
resim
resim
resim
resim
resim

Possibly Related Threads...
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Lori Yang Terbabas Di Kota Bharu
Penunggang Maut Dirempuh Lori Tanpa Pemandu Tiba-tiba Mengundur
Takut Jpj, Pemandu Lori Mengundur Sebelum Gilis Mati Ibu Tunggal
Gadis Ditetak Teman Lelaki Lepas Cemburu Ada Lelaki Lain
Budak Hilang Dilarikan Lepas Rumah Diceroboh, Sudah Ditemui
Abang Putus Tangan Ditembak Adik Lepas Syak Jalin Hubungan Dengan Isterinya
Cikgu Patah Jari Lepas Pelajar Hayun Kerusi Di Melaka
Suami Isteri Maut Dihentam Tayar Lori Tercabut
Adik Maut, Kakak Kritikal Lepas Disengat Tebuan Di Dungun
Kaki Terbelah Terkena Mata Pembajak Lepas Dengar Suara Misteri



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 41
Potong Tak Lepas, Myvi Remuk Tinggal Separuh Bertembung Lori
sukawg
111971
Forum Jump: