Ppr Pasang Jaring Elak Barang Dicampak Terkena Orang

Offline
01-21-2018, 12:58 PM,
#1




resim
resim
Menteri Wilayah Persekutuan berkata, kerja memasang jaring keselamatan sudah dimulakan dan kos itu akan ditanggung DBKL.

PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan akan diambil ke atas individu yang bertanggungjawab mencampak kerusi dari tingkat atas pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, Isnin lepas hingga menyebabkan kematian seorang remaja lelaki.

“Kami (kementerian) akan mengambil tindakan, terutama ke atas individu yang mencampak kerusi (kerana) ia tidak pernah berlaku sebelum ini, biar proses undang-undang menentukannya,” katanya selepas melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya hari ini.

Jelas Tengku Adnan, tindakan perlu diambil kerana ini merupakan kali pertama tindakan membaling barang dari tingkat atas PPR mengakibatkan kematian.

“Kejadian membuang barang dari tingkat atas (PPR) sudah berkali-kali berlaku. Daripada maklumat yang diterima, tin sardin dan almari turut dicampak dari tingkat atas,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 8.10 malam Isnin itu, mangsa S Sathiswaran, 15, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Tengku Adnan berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan sudah memutuskan supaya jaring tertentu dipasang di PPR sebagai langkah menjaga keselamatan orang ramai daripada menjadi mangsa.

Katanya, arahan sudah dikeluarkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memasang jaring keselamatan di tempat strategik di PPR dan difahamkan kerja memasang jaring sudah bermula. Kos pemasangan jaring akan ditanggung DBKL.

“Tidak masuk akal, namun kami (pihak berkuasa) perlu melaksanakannya,” katanya.

Tengku Adnan juga berkata, berikutan pelbagai masalah yang wujud di PPR, DBKL akan mengadakan sesi penerangan kepada penduduk lebih 80,000 unit PPR yang melibatkan 494 blok di seluruh Kuala Lumpur.

“Penerangan itu akan menjelaskan maklumat terperinci mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dibuat penduduk PPR.” - FMT

Possibly Related Threads...
Warga Britain Biadap Ganggu Jiran, Pasang Lampu Spotlight 24 Jam
Pilot Sukhoi Russia Yang Jatuh Ditembak Letupkan Diri Sendiri Elak Ditahan
Isteri Dicerai Talak 3 Lepas Cekup Suami Bersama Isteri Orang
Orang Tua Usia Senja Penuhi Kelab Dangdut Di Kuala Terengganu
Pilihanraya Elak Tahun Baru Cina Dan Musim Melawat Kubur
Viral Gadis Cantik Jadi Runner Hantar Barang
Sejuk Dah Macam Korea, Kata Orang Kuala Pilah
Wanita China Halang Pintu Tren Elak Suami Kena Tinggal
Papan Tanda Viral Dewan Ramai Orang Sudah Ditukar
Tukang Urut Dicekup, Sanggup Mengaku Bukan Islam Elak Ditahan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 32
Ppr Pasang Jaring Elak Barang Dicampak Terkena Orang
sukawg
115295
Forum Jump: