Promosi Rm10 Sejam, Hotel Bajet Jadi Port Lepaskan Nafsu

Offline
02-12-2018, 04:06 PM,
#1
resim
PEGAWAI dan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) memeriksa dokumen pasangan yang ditahan dalam serbuan Op Minyak dan Op Kurung di hotel bajet sekitar Seremban. FOTO Ihsan JHEAINS

PROMOSI hotel bajet di daerah ini yang menawarkan harga serendah RM10 sejam, menjadikan ia sebagai lokasi pasangan bercinta memadu asmara dan melakukan maksiat.

Ia terbongkar dalam serbuan Op Minyak dan Op Kurung oleh pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) terhadap tiga hotel di Port Dickson, semalam.

Dalam serbuan dijalankan bermula 11 malam hingga 4 pagi itu, lima pasangan berusia 20-an ditahan kerana disyaki berkhalwat di dalam bilik hotel berkenaan.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah berkata, pihaknya menyerbu tiga hotel bajet yang sering menjadi tumpuan pasangan bercinta melakukan maksiat.

"Hasil pemeriksaan, kita menahan 10 individu dalam keadaan mencurigakan tanpa sebarang hubungan mahram yang sah. Turut ditemui beberapa kondom yang disyaki digunakan untuk aktiviti itu.

"Soal siasat dilakukan mendapati premis berkenaan menawarkan daftar masuk mengikut kadar jam pada harga serendah RM30 bagi tempoh tiga jam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Ahmad Zaki berkata, pihaknya turut menyerbu dua pusat refleksologi di Batu 9 dan PD Sunggala Gateway, Port Dickson, yang disyaki menawarkan khidmat seks kepada pelanggannya.

Katanya, dua lelaki beragama Islam berusia 30-an dan dua tukang urut wanita warga asing ditahan.

"Ketika serbuan, penjaga premis dikesan menekan suis di kaunternya yang menyebabkan lampu amaran di dalam bilik urutan menyala sebagai memberi amaran kepada pelanggan mengenai kehadiran penguat kuasa," katanya.

Tambah beliau, semua yang ditahan dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992. - Metro

Possibly Related Threads...
Dicekup Di Hotel, Wanita Melutut Rayu Teman Lelaki Pakistan Jangan Ditahan
Gadis Tolak Lamaran Jadi Isteri Kedua Dicabul Rakus Bos Sendiri
Gadis Dikurung, Dipaksa Layan Nafsu Teman Lelaki Sendiri Selama 9 Hari
2 Janda Adik Beradik Dicekup Khalwat Di Hotel Bajet
Janda Didakwa Lepas Tunjuk Punggung Untuk Promosi Krim Pemutih Di Facebook
Khidmat Putihkan Alat Sulit Jadi Kegilaan Di Thailand
Isteri Orang Dicekup Bersama Teman Lelaki Di Bilik Hotel
9 Pasangan Kekasih Dicekup Raikan Tahun Baru Di Hotel Bajet
Bakal Pengantin Dicekup Di Hotel Bajet Di Ambang Tahun Baru
Isteri Orang Dicekup Khalwat Sambil Bawa Anak Di Hotel Bajet



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 51
Promosi Rm10 Sejam, Hotel Bajet Jadi Port Lepaskan Nafsu
sukawg
115817
Forum Jump: