Protes Bendera Terbalik Di Kedutaan Malaysia Di Jakarta

Offline
08-21-2017, 10:34 PM,
#1




resim
resim

PETALING JAYA: Ratusan anggota beberapa pertubuhan hari ini mengadakan protes di luar kedutaan besar Malaysia di Jakarta, dengan menuduh penganjur Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur (KL2017) sengaja mencetak bendera Indonesia secara terbalik.

“Kami menilai Malaysia sudah keterlaluan, ini tidak boleh dibiarkan. Ini memalukan bangsa kita,” kata ketua pertubuhan Laskar Merah Putih, Adek Ervil Manurung dipetik portal berita Indonesia, Berita Satu.

Adek berkata polis Malaysia perlu menyiasat insiden itu walaupun selepas permohonan maaf secara terbuka oleh Putrajaya kepada Jakarta semalam.

“Kes ini harus dibuka sehingga dihukum,” katanya.

Pendedahan mengenai bendera Indonesia terbalik mula tersebar Sabtu lalu, apabila didapati buku cenderahati rasmi acara perasmian Sukan SEA menunjukkan jalur putih berada di atas dan jalur merah di bahagian bawah, menyerupai bendera Poland.

Ia memaksa Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin serta merta memuat naik permohonan maaf di samping membuat pertemuan dengan rakan sejawatnya Imam Nahrawi bagi menyampaikan kenyataan rasmi daripada Putrajaya.

Presiden Indonesia, Joko Widodo mengesahkan menerima kenyataan rasmi daripada Putrajaya.

Ia bagaimanapun masih tidak menenteramkan beberapa pihak di Indonesia, termasuk ahli politik dan NGO yang mahu tindakan tegas diambil ke atas Malaysia.

Sementara itu, Bernama melaporkan Adek dan 2 lagi wakil penunjuk perasaan dibenarkan memasuki kompleks kedutaan untuk menyerahkan memorandum bantahan, yang diterima Timbalan Duta Malaysia Zamshari Shaharan. - FMT

Possibly Related Threads...
Lelaki Menang Jackpot Toto Rm70 Juta, Terbesar Di Malaysia
Doktor Paling Ramai Elak Bayar Cukai Di Malaysia
Rakaman Lori Terbalik Lepas Protes Buang Tanah Atas Jalan
Rakyat Malaysia Tak Boleh Nikah Di Tanah Suci, Salah Di Sisi Undang-undang
Bendera Berterabur, Pegawai Rtm Digantung Tugas
Aneh Hujan Hanya Turun Pada Sebuah Rumah Saja Di Jakarta
Viral Rakyat Malaysia Buat Hal Lagi Di Jepun
Tersilap Bendera Lagi, Rtm Akui Kedudukan Berterabur
Ferrari 812 Superfast Masuk Malaysia @ Rm1.58 Juta
Jemaah Haji Malaysia Bawa 1,300 Ubat, Perlu Makan 32 Biji Sehari



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 34
Protes Bendera Terbalik Di Kedutaan Malaysia Di Jakarta
sukawg
112124
Forum Jump: