Pukul Anak Jiran Dengan Penyangkut Baju, Lelaki Didenda Rm1,700

Offline
01-11-2018, 06:53 AM,
#1
resim
Ismilkhan Mat Abdul didenda RM1,700 atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas kanak-kanak berusia 10 tahun.

resim

PETALING JAYA - Akibat memukul anak jirannya dengan menggunakan penyangkut baju, seorang operator pengeluaran didenda RM1,700 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Majistret Mohd Azali Ibrahim menjatuhkan hukuman itu selepas Ismilkhan Mat Abdul, 40, mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Vazzruddin Shah Mohd, 10, di sebuah rumah, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, di sini, pada 10.30 malam, 6 Disember tahun lepas.

Ismilkhan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia merupakan penanggung utama keluarga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran  ke atas tertuduh mengambil kira mangsa dalam kes ini adalah kanak-kanak.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian mangsa telah menarik kaki anak pengadu sehingga tersungkur dan kemudian tertuduh yang berang mengambil penyangkut baju dan memukul mangsa serta menegurnya. - Bernama/Sinar

Possibly Related Threads...
Marahkan Isteri Enggan Pulang, Lelaki Bakar Rumah Mertua Di Sabah
Jalin Hubungan Dengan Pakcik Sendiri, Anak Saudara Cedera Dikelar Makcik
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
Anak Disambar Api Gara-gara Ibu Guna Petrol Mahu Bakar Ikan
Lelaki Disyaki Cuba Curi Kabel Ditemui Mati Sebelah Tiang Elektrik
Lelaki Ditahan Gara-gara Baling Surat Saman Ke Arah Polis
Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang, Lelaki Parah Dibelasah 13 Orang
Lelaki Tetap Selamba Biarpun Pisau Terpacak Di Belakang Badan
Lelaki Ditemui Mati Leher Ditetak, Punggung Disula Di Sarawak
Pencuri Motor Dengan Rela Serah Diri Lepas Tertinggal Mykad



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 30
Pukul Anak Jiran Dengan Penyangkut Baju, Lelaki Didenda Rm1,700
sukawg
115029
Forum Jump: