Pukul Mati Lelaki Intai Isteri Orang, 5 Lelaki Dipenjara 5 Tahun

Offline
08-21-2017, 08:20 PM,
#1
5 lelaki mengaku salah sebabkan kematian tanpa niat


resim 
Lima lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu kerana membunuh tanpa niat. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

21 Ogos 2017 - LIMA sahabat dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini, kerana menyebabkan kematian seorang lelaki tanpa niat.

Tertuduh, Wan Mohamad Redzuan Wan Latif, Mohd Zaimizan Ismail, Mohd Al Ambari Ahmad, Amiruldi Ramli dan Mohd Zulkifli Zainal Abidin turut berdepan hukuman penjara dua tahun lagi sekiranya mereka gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz selepas lima tertuduh berusia antara 25 hingga 33 tahun mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyebabkan kematian Mohamad Zailani Abd Aziz, 22, dengan mengetahui bahawa perbuatan itu mungkin menyebabkan kematiannya di sebuah rumah di Kampung Bujal, Air Jernih, Kemaman, antara 8.30 pagi hingga 11.15 malam pada 30 November 2014.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang pemuda maut dibelasah lima lelaki selepas dipercayai mengintai isteri kepada seorang daripada tertuduh di Kampung Bujar, Air Jernih.

Mangsa berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kemaman akibat parah di beberapa anggota badan selain pendarahan di hidung dan telinga. - Metro

Possibly Related Threads...
7 Mati Serta-merta Dirempuh Lori Tangki Di Bahau
Lelaki Maut Perut Ditusuk Tanduk Kerbau Di Kuala Pilah
Lelaki Berselipar Larikan Rm600,000 Dari Bilik Kebal Bank Di Damansara
Marah Dikejutkan Tidur, Lelaki Pukul Kepala Anak Isteri
Lelaki Fitnah Polis Trafik Disaman Kerana Sun Shade Didenda Rm4,000
Rakaman Pawang Buaya Mati Dibaham Ketika Mahu Tangkap Buaya
Padah Cintai Isteri Orang, Lelaki Pakistan Mati Dibakar Di Shah Alam
Budak 10 Tahun Mati Terjerut Tali Leher Di Jb
Lelaki Ceroboh Bilik Sewa Karang Ayat Putus Cinta Di Dinding
Dikepung 15 Lelaki, Pencuri Tabung Surau Merayu, Tahu Pula Takut Dipukul



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 32
Pukul Mati Lelaki Intai Isteri Orang, 5 Lelaki Dipenjara 5 Tahun
sukawg
112121
Forum Jump: