Pukul Sampai Mati, Lelaki Orang Asli Didakwa Bunuh Pakcik Sendiri

Offline
01-19-2018, 02:56 PM,
#1
resim
REZEKA dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Gajah atas pertuduhan membunuh bapa saudaranya 7 Januari lalu.

BATU GAJAH - Seorang lelaki Orang Asli bakal berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa saudaranya awal bulan ini. 

Tertuduh, Rezeka Ravi, 28, yang bekerja kampung itu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Fitri Sadarudin. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Rezeka didakwa membunuh Saleh Kambi, 51, di belakang Rumah No. B6/2 Kampung Chenderong Kelubi, Sungai Galah, Kampung Gajah dekat sini antara pukul 6 hingga 6.30 petang 7 Januari lalu. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sehingga mati jika sabit kesalahan. 

Kosmo! pada 9 Januari lalu melaporkan, gara-­gara ejek-mengejek, seorang lelaki Orang Asli maut dipukul dengan kayu oleh anak saudara sendiri di Kampung Chenderong Kelubi, Air Kuning di sini selepas me­ngalami kecederaan parah di ke­pala akibat dipukul mati di tempat kejadian. - Kosmo

Possibly Related Threads...
Marahkan Isteri Enggan Pulang, Lelaki Bakar Rumah Mertua Di Sabah
Warga Emas Ditemui Mati Dijerut Tuala Di Alor Setar
Jalin Hubungan Dengan Pakcik Sendiri, Anak Saudara Cedera Dikelar Makcik
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
Lelaki Disyaki Cuba Curi Kabel Ditemui Mati Sebelah Tiang Elektrik
Lelaki Ditahan Gara-gara Baling Surat Saman Ke Arah Polis
Curi Iphone Cikgu: Keluarga Mahu Tengok Sendiri Cctv
2 Didakwa Bunuh 2 Beradik Ketika Sambut Hari Jadi Di Pj
Pelajar Sekolah Ditemui Mati Dalam Longkang Di Kulim
Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang, Lelaki Parah Dibelasah 13 Orang



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 36
Pukul Sampai Mati, Lelaki Orang Asli Didakwa Bunuh Pakcik Sendiri
sukawg
115249
Forum Jump: