Punca Insiden Mh17 Kerana Ukraine Tidak Tutup Ruang Udara - Moscow

Offline
10-23-2015, 02:39 PM,
#1
resim

Rusia menganggap punca utama yang menyebabkan pesawat MH17 terhempas di Ukraine ialah Kiev tidak menutup ruang udaranya semasa operasi ketenteraan yang menggunakan penerbangan dan pertahanan tentera udara, kata jurucakap Kementeruian Luar Rusia, Maria Zakharova.
 
"Rusia berpendapat, punca utama kemalangan itu ialah pihak berkuasa Ukraine apabila menggunakan pesawat, senjata berat dan peralatan pertahanan udara di zon konflik gagal menutup ruang udara negara itu seperti yang diperlukan undang-undang antarabangsa," katanya.
 
Menurut pegawai kementerian itu, Ukraine bertanggungjawab sepenuh kerana tidak menutup ruang udaranya yang merupakan hanya hujah penyiasatan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dan Rusia bersetuju.
 
"Semua yang lain (kesimpulan DSB) tidak selari dengan realiti," katanya.
 
Moscow kecewa apabila Belanda tidak menghiraukan pendapat Rusia berkaitan kemalangan yang membabitkan pesawat Boeing, B777 di ruang udara Ukraine, kata jurucakap Kementerian Luar Rusia.
 
"Kami berulang kali menyatakan pendapat kami kepada siasatan yang dilakukan Belanda terhadap kemalangan B777. Kini dengan semua kesimpulan dikemukakan dan laporan diterbitkan, kami tidak mempunyai penilaian lain kecuali berkata dan mengulanginya sekali lagi bahawa siasatan itu terlalu bias.
 
"Kami kecewa dengan fakta bahawa kesimpulan, penilaian dan keputusan ujian yang dilakukan Rusia tidak dihiraukan," kata Zakharova.
 
"Kesimpulan siasatan mungkin berubah jika fakta-fakta yang dikemukan Rusia diambil kira," kata diplomat Rusia itu. - MG

Possibly Related Threads...
Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17
Waris Mh17 Diberi Taklimat Pagi Ini
Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan
Pokok Pertama Mengenang Tragedi Mh17 Ditanam
Suspek Tembak Mh17 Dijangka Diketahui 2018
Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda
Perbicaraan Tragedi Mh17 Mungkin Di Australia
Tragedi Mh17: 100 Suspek Dikenal Pasti
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
Keputusan Awal Siasatan Jenayah Nahas Pesawat Mh17 Bulan Depan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 572
Punca Insiden Mh17 Kerana Ukraine Tidak Tutup Ruang Udara - Moscow
sukawg
99092
Forum Jump: