Pusat Beli Belah Maju Junction Semakin Suram

Online
01-11-2018, 08:14 AM,
#1
resim
KEADAAN dalam pusat beli-belah Maju Junction yang lengang akibat tiada pengunjung.

resim
ANTARA restoran yang henti operasi kerana kekurangan pelanggan.

Kuala Lumpur: Suasana pusat beli-belah Maju Junction di Jalan Sultan Ismail di sini tidak seperti dulu apabila keadaan di situ kini ibarat ‘hidup segan mati tak mahu’.

Ketiadaan pelanggan sejak setahun lalu membuatkan perniagaan seperti kedai makan, restoran makanan segera serta kios jualan tudung dan aksesori telefon semakin merudum sehingga ada pemilik memilih untuk menamatkan operasi.

Tinjauan Harian Metro di situ mendapati, ada restoran yang sudah mula menutup perniagaan bermula awal tahun ini dengan notis sudah ditampal di depan premis.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Zarina berkata, dia mengambil keputusan menutup kios pakaian di situ kerana pendapatan harian semakin membimbangkan dan untuknya mendapat perolehan RM100 sehari pun sukar.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku sedangkan ramai pelanggan yang datang apabila mula buka kios dua tahun lalu. Namun, keadaan sebaliknya berlaku apabila tiada pengunjung sejak setahun lalu.

“Keadaan ini juga berlaku kemungkinan sudah banyak kedai pakaian murah di kawasan sekitar seperti di Medan Mara dan Sogo,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, seorang pekerja restoran yang dikenali sebagai Fatimah, 40-an, berkata, majikannya juga terpaksa menutup kedai kerana hasil jualan tidak mencukupi untuk membayar sewa bulanan.

“Tidak dinafikan sambutan yang kurang membuatkan majikan mengambil keputusan ini. Mana cukup kalau jualan tidak boleh membantu membayar sewa kedai.

“Saya juga mungkin kehilangan kerja. Itu yang menjadi kebimbangan saya tetapi saya difahamkan majikan ada meminta daripada pihak pengurusan untuk meneruskan perniagaan di sini,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap pengurusan Maju Junction ketika dihubungi berkata, mereka masih belum mahu membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

“Pihak kami tiada komen. Minta maaf ya. Kemungkinan restoran yang ditutup adalah kehendak sendiri,” katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Lelaki Beli Bmw Guna Duit Syiling 5 Sen, Ambil Masa 7 Jam Kira
Putera Mahkota Saudi Beli Istana Termahal Di Dunia Bernilai Rm1.2 Bilion
Klcc Paling Banyak Jin Ifrit, Kata Perawat Pusat Terapi Ilhamiah
Putera Mahkota Saudi Beli Lukisan Berharga Rm1.8 Bilion
2 Pesawat Boeing Dilelong Dalam Laman Beli Belah Di China
Beli Mangga Harumanis 3 Kilo, Menang Proton Iriz
Lelaki Beli 25 Buah Iphone X Untuk Lamar Kekasih
Anak Mati Dalam Pusat Serenti, Ibu Dapat Ganti Rugi Rm305,000
Warga Emas Ditahan Gara-gara Beli Pistol Tembak Cicak
Ekspo Kerjaya Terbesar Katanya Tapi Kena Beli Borang Rm10



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 46
Pusat Beli Belah Maju Junction Semakin Suram
sukawg
115036
Forum Jump: