Putera Arab Saudi Ditahan Paksa Wanita Seks Oral

Offline
09-25-2015, 09:07 PM,
#1
resim
Majed Abdulaziz Al-Saud ditahan polis selepas terdapat laporan mengenai seorang wanita berlumuran cuba meminta bantuan di sebuah rumah agam di Beverly Hills.

LOS ANGELES: Seorang putera Arab Saudi ditahan berhubung dakwaan cuba memaksa seorang pekerja di rumah agam di Beverly Hills melakukan seks oral, kata polis Los Angeles pada Khamis.

Menurut polis dan rekod tahanan secara dalam talian, Majed Abdulaziz Al-Saud, 28, ditahan pada Rabu dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$300,000 (RM1.3 juta) pada hari berikutnya.

Bahagian Konsul Khas Jabatan Polis Los Angeles berkata, putera berkenaan tidak mempunyai kekebalan diplomatik, lapor media tempatan, Los Angeles Times dan KCBS-TV.

Los Angeles Times melaporkan pihak polis mengadakan serbuan di sebuah rumah agam selepas seorang jiran menjumpai seorang wanita berlumuran darah sambil meminta pertolongan selepas mangsa cuba memanjat pagar di kediaman itu pada Rabu.

Rumah agam yang bernilai AS$37 juta (RM163.3 juta) itu telah disewakan selama beberapa minggu, sejak beberapa tahun lalu, menurut jiran kepada Los Angeles Times.

Putera tersebut dijangka dihadapkan ke mahkamah pada 19 Oktober ini. - Reuters/MStar

Possibly Related Threads...
Cikgu Wanita Didakwa Kerana Ada Hubungan Sulit Dengan Pelajar Sendiri
Cikgu Ditahan Liwat Pelajar Lebih 50 Kali Di Sarawak
Suami Ajar Isteri Hisap Syabu Untuk Lebih Puas Ketika Seks
Sedar Tapi Tak Melawan, Wanita Mabuk Diperkosa Pemandu Grabcar Di Serdang
Lelaki Ambil Insurans Raba, Elak Dituduh Mencabul Wanita
Lelaki Afrika Trauma Lepas Diperkosa 3 Wanita
Lelaki Dipenjara 10 Tahun Perdaya Wanita Dalam ' Temuduga Atas Sofa'
2 Wanita Dicekup Bersekedudukan Dengan Lelaki Nigeria
Cikgu Pendidikan Khas Dipenjara 7 Tahun Seks Oral Pelajar
Rakaman Lelaki Rakam Bawah Skirt Wanita, Dilepaskan Kerana Tiada Bukti



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 591
Putera Arab Saudi Ditahan Paksa Wanita Seks Oral
sukawg
98504
Forum Jump: