Rakaman Budak Digigit Anjing Lepas Motor Terbabas

Offline
10-18-2017, 02:31 PM,
#1




resim
Mangsa cedera di bahagian kepalanya akibat digigit anjing.

resim
Rakaman CCTV kejadian menimpa mangsa dan keluarganya tular di media sosial

BATU PAHAT - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun parah digigit seekor anjing di hadapan rumah kedai di Taman Banang Height, di sini kelmarin.

Mangsa, Ainin Syuhadah Syahrul Nizam mengalami kecederaan di bahagian kepalanya.

Ibunya, Noor Fazilah Ishak, 30, kakak dan bapa saudaranya turut terlibat dalam kejadian yang dialami ketika mereka menaiki motosikal itu.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, motosikal dinaiki mereka terbabas ketika cuba mengelak sebuah lori yang berhenti untuk memunggah barang.

Rakaman berdurasi lebih seminit itu menunjukkan motosikal dinaiki mangsa bersama keluarganya merempuh pintu kedai berhampiran lokasi kejadian dan  anjing  yang diikat berdekatan terus menerkam Ainin Syuhadah.

Orang ramai yang melihat kejadian itu segera membantu melepaskan kanak-kanak itu daripada anjing yang mengigit kepalanya.

Difahamkan, kanak-kanak itu  mengalami kecederaan akibat digigit anjing, manakala ibu, kakak dan bapa saudaranya tidak mengalami kecederaan.

Ainin Syuhadah kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI). - Sinar

Possibly Related Threads...
Rakaman Kejar Mengejar Wira Vs Evo X Pdrm, Penjenayah Terlepas
Budak 2 Tahun Hilang Di Sarawak Ditemui Sudah Reput
Jatuh Tersadung, Wanita Tercabut Lengan Lepas Dilanggar Keretapi
Budak Mati Lemas Ketika Mandi Di Kawasan Banjir Di Kedah
Berang Kena Tinggal Lepas Ke Tandas, Penumpang Kejar Bas Sebelum Tikam Pemandu
Wanita Mati Lepas Bersalin Dalam Tandas Hotel Di Sabah
Guru Sekolah Memandu Maut Kereta Dipandu Terbabas
Polis Lepas Tembakan Diserang Berpuluh Lelaki Warga China
Geng Hilux Ditahan Pukul Jururawat Lepas Calarkan Kereta Mangsa
Ibu Campak Bayi Dari Tingkat 17 Lepas Berang Ditinggalkan Kekasih
Offline
10-18-2017, 05:21 PM,
#2
Adik Ainin Syuhada binti Syahrul Nizam..berumur 1tahun 5 bln.

Menurut cerita dr nenek Baby Aini, baby Ainin mengalami cedera dibahagian badan ada kesan lebam 3-4 bekas gigitan anjing.

Luka di belakang kepala kesan dr gigitan anjing. Dan dirawat di #HSNI BATU PAHAT.

Ainin dan Ayah saudara baru pulang dr hospital melawat ayah saudara Aini yg megidap demam denggi dan ketika melalui ditempat kejadian motornya terbabas kerana mengelakan sebuah lori yg tiba2 keluar tanpa bagi signal.

Nak elak ke kiri ada kereta. Jalan pulak sempit, terpaksa membelok kearah kanan dan terbabas melanggar pintu kedai. Dan menyebabkan mereka rebah.

Tp Ainin yg terawal jatuh dan menyebabkan anjing tersebut menyerangnya.

Keluarga Ainin telah membuat report diatas kerja sama owner anjing dgn menyerahkn rakaman cctv. Owner anjing tersebut adalah jiran keluarga Baby Aini.

Dari kata2 penghuni di situ. Anjing itu adalah anjing yg kedua setelah anjing ptamanya mati. Dan sejak anjing tu jugalah kejadian mencuri agak berkurangan.

Dan harap tiada lagi kata2 dan hasutan menyuruh membunuh anjing tersebut ya... anjing tu terasa terancam dgn bunyi yg dtg tiba2 dr arah belakangnya.

resim
resim



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 1 <<>> Dilihat: 52
Rakaman Budak Digigit Anjing Lepas Motor Terbabas
sukawg
113370
Forum Jump: