Rakaman Cctv Kabur, Belum Pasti Vasanthapiriya Yang Curi Iphone Cikgu

Offline
02-12-2018, 03:03 PM,
#1


resim
resim

PUTRAJAYA, 12 Feb — Masih belum jelas M. Vasanthapiriya yang mengambil telefon mahal milik gurunya, kata polis.



Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah itu tidak menunjukkan dengan jelas muka pencuri iPhone tersebut, kata ketua polis Pulau Pinang.

Polis masih tidak dapat mengesahkan rakaman CCTV tersebut kerana kualiti videonya buruk, kata Datuk A Thaiveegan kepada media hari ini.

"Polis perlu pakar forensik untuk menjelaskan lagi rakaman itu untuk melihat siapa dia [yang melakukannya]," katanya.

Beliau mengulas beberapa laporan media yang menyebut pelajar tingkatan dua tersebut, yang mati di hospital, sebagai pelakunya.

Mangsa yang menuntut di sebuah sekolah di Nibong Tebal, Pulau Pinang menggantung diri selepas dituduh mengambil telefon guru tersebut.

Thaiveegan mengingatkan tiada laporan sah dapat mengaitkan Vasanthapiriya dengan kes itu kerana polis masih menunggu laporan forensik. - MMO

Possibly Related Threads...
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
Lelaki Disyaki Cuba Curi Kabel Ditemui Mati Sebelah Tiang Elektrik
Curi Iphone Cikgu: Keluarga Mahu Tengok Sendiri Cctv
Pemuda Rentung Dibakar Penduduk Kampung Kerana Curi Kambing
Tak Sempat Lari, Lelaki Patah Kedua Kaki Dihempap Pokok Yang Ditebang
2 Maut Myvi Rempuh Plaza Tol Batu Tiga Yang Dimansuhkan
Cikgu Lupa Bawa Masuk, Budak Ditemui Mati Beku Di Luar Tadika
Pelajar Tingkatan 2 Dicekup Curi Telefon Bimbit Di Rumah Staf Sekolah
Kereta Guna Sistem Tanpa Kunci 'keyless' Berisiko Kena Curi
Murid Sekolah Maut Lepas Dilempang Cikgu



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 34
Rakaman Cctv Kabur, Belum Pasti Vasanthapiriya Yang Curi Iphone Cikgu
sukawg
115814
Forum Jump: