Rakaman Pemandu Uber Dicabul Penumpang Lelaki

Offline
08-12-2017, 04:10 PM,
#1




resim
Seorang pemandu Uber (kiri) mendakwa dirinya dicabul penumpangnya sendiri pagi tadi. - GAMBAR IHSAN PENGADU

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Seorang pemandu Uber mendakwa dicabul penumpangnya dalam kejadian di Lebuh Raya Maju Expressway Sdn. Bhd. (MEX), di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 9.58 pagi itu, pemandu Uber terbabit iaitu seorang lelaki berusia 41 tahun mengambil penumpang lelaki berkenaan dari Jalan Klang Lama untuk dihantar ke sebuah kondominium di Sri Petaling, dekat sini.

Bagaimanapun menurut mangsa, ketika dalam perjalanan, penumpang tersebut tiba-tiba memegang kemaluannya dengan sengaja.

“Saya terkejut dan memarahinya namun lelaki itu hanya tersenyum manis. 

"Bagaimanapun saya meneruskan pemanduan sehingga tiba ke kondominium berkenaan walaupun berasa takut.

“Setelah tiba, lelaki itu hanya keluar dari kenderaan saya tanpa berkata apa-apa. Dia tidak membayar tambang secara tunai kerana menggunakan transaksi kad kredit,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sri Petaling. - Utusan

Possibly Related Threads...
Cikgu Lelaki Didakwa Peluk Cium Murid Lelaki Dalam Tandas Sekolah
Perkosa Wanita Malaysia Sedang Mabuk, 3 Lelaki Britain Dipenjara
Murid Darjah 6 Dakwa Dicabul Ustaz Di Terengganu
Lelaki Baru Saja Berkahwin Didakwa Sentuhi Gadis
Perkosa Gadis Dalam Bilik Chalet, Lelaki Dipenjara 12 Tahun
Liwat Budak Dalam Masjid Di Marang, Lelaki Dipenjara 7 Tahun
Rakaman Inspektor Polis Ditahan Hanya Berseluar Dalam Di Tandas Wanita
Rakaman Cctv Buktikan Arman Tak Merogol, Gadis Sendiri Rela
Perkosa 2 Cikgu Taska Di Ampang, 2 Lelaki Didakwa Hari Ini
Jurulatih Catur Didakwa Raba Alat Sulit Budak Lelaki



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 95
Rakaman Pemandu Uber Dicabul Penumpang Lelaki
sukawg
111972
Forum Jump: