Rakyat Malaysia Belanja Rm6.8 Bilion Beli Telefon Pintar

Offline
06-07-2017, 03:56 PM,
#1
resim

KUALA LUMPUR: Telefon pintar bersaiz besar lebih digemari pengguna Malaysia dengan model skrin lebih lima inci kini mewakili lebih 45 peratus daripada 8.5 juta unit peranti mudah alih yang terjual sejak 12 bulan lalu.

Petunjuk GfK yang menjejaki jualan di negara ini mendapati, 37 peratus telefon pintar terjual sepanjang tempoh itu memiliki saiz antara 5.01 hingga 5.6 inci berbanding 21 peratus tahun sebelumnya.

Pengarah Urusan Asia Tenggara GfK, Stanley Kee, berkata, kajiannya mendapati nilai keseluruhan pembelian pengguna Malaysia mencecah RM6.8 bilion sepanjang tempoh itu, meningkat ketara berbanding RM5.4 bilion pada 2015 dengan lonjakan terbesar disumbangkan jualan model pertengahan bernilai RM900 hingga RM1,050.

Katanya, jenama telefon pintar China menjadi kunci utama melonjakkan permintaan peranti mudah alih tahun lalu apabila mencatatkan angka tertinggi untuk jenama telefon pintar baharu yang memasuki pasaran.

"Dengan perluasan terkini rangkaian sambungan mudah alih negara, pengguna di negara ini menyaksikan peningkatan aktiviti pembelian mudah alih, media sosial dan melayari internet.

"Terutamanya, aplikasi pembelian turut meraih populariti sehingga membuka ruang untuk pembayaran mudah alih," katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

GfK menjejaki prestasi barangan pengguna di Malaysia, termasuk produk elektrik pengguna, perkakasan kecil dan besar domestik, teknologi maklumat dan fotografi, dan telekomunikasi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, faktor harga menjadi pengaruh utama pengguna Malaysia menyaksikan telefon pintar kategori pertengahan mendominasi pasaran tahun ini.

"Pasaran negara akan terus berdaya saing apabila kita menjangkakan berlaku lonjakan jualan bagi peranti popular apabila negara menyaksikan pemulihan ekonomi," katanya.

Info: Kajian GFK 2016

# 8.5 juta unit peranti mudah alih terjual 2016
# 37 peratus saiz antara 5.01 hingga 5.6 inci
# RM6.8 bilion nilai keseluruhan pembelian pengguna Malaysia
# Model telefon pintar berharga RM900 - RM1,050 paling laris.

BHarian

Possibly Related Threads...
Iphone X Masuk Malaysia 24 November, Serendah Rm5,149 Sahaja
Nokia 3310 Dilancar Di Malaysia Hari Ini
Telefon Pintar Kini Boleh Uji Kualiti Sperma Lelaki
Telefon Legend Nokia 3310 Bakal Dikeluarkan Semula
Nokia Perkenal Telefon Baru - Nokia 150
Kes Pertama Samsung Note 7 Meletup Di Malaysia?
Iphone 7 Di Malaysia Dianggar Berharga Rm3,199 Hingga Rm4,799
Jualan Iphone Cecah 1 Bilion
Telefon Anti Godam Bernilai Usd17,000 Untuk Orang-orang Kaya
Huawei Saman Samsung Isu Paten Telefon Pintar



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 199
Rakyat Malaysia Belanja Rm6.8 Bilion Beli Telefon Pintar
sukawg
110708
Forum Jump: