Rakyat Malaysia Pilih Komputer Untuk Tonton Video

Offline
10-14-2014, 09:43 PM,
#1
resim

KUALA LUMPUR - Komputer riba dan komputer peribadi merupakan peranti paling popular digunakan oleh rakyat Malaysia untuk menonton video iaitu sebanyak 83 peratus, diikuti telefon mudah alih (41 peratus) dan tablet (35 peratus), demikian menurut laporan Nielsen.

Menonton video dalam talian merupakan hobi biasa bagi pengguna digital di Asia Tenggara dan majoritinya menonton video dalam talian sekurang-kurangnya setiap minggu, kata laporan itu.

Vietnam mencatatkan penonton video dalam talian tertinggi pada 91 peratus setiap minggu manakala Singapura yang merekodkan penembusan Internet tertinggi di rantau itu, paling rendah pada 56 peratus, kata laporan berkenaan.

Pengguna juga memahami mereka perlu membayar harga kandungan yang ditonton manakala majoriti menyatakan mereka menjangka sama ada membayar kandungan video dalam talian atau diganggu dengan iklan ketika menonton.

Laporan juga menyatakan 80 peratus pengguna digital di Asia Tenggara memiliki telefon pintar dan separuh daripada isi rumah yang celik digital mempunyai komputer tablet.

"Secara purata pengguna di Asia Tenggara meluangkan masa lebih 22 jam dalam talian seminggu, iaitu meningkat berbanding 19 jam seminggu pada 2011.

"Pengguna digital di Filipina paling aktif iaitu purata 26 jam dan 42 minit seminggu, manakala pengguna di Malaysia meluangkan 20 jam dalam talian setiap minggu," kata laporan itu.

Laporan juga menyebut seiring peningkatan pemilikan peranti berInternet dan masa yang dihabiskan dalam talian, tabiat pengguna juga berubah-ubah dengan sembilan daripada 10 melayari dua skrin serentak dan lapan daripada 10 orang menggunakan tiga skrin serentak.

Pengguna Malaysia juga melabur dalam teknologi baharu dengan lebih sembilan daripada 10 orang berhasrat membeli telefon pintar (95 peratus) dalam tempoh 12 bulan akan datang diikuti komputer riba (93 peratus), kata laporan itu. - Bernama

Possibly Related Threads...
Aplikasi Pusat Beli-belah Dalam Talian 11street Untuk Ios, Android
Firefox Hello : Hubungkan Video Dan Sembang Tanpa Perlu Daftar Terus Ke Browser Anda
Internet Malaysia Ke-3 Paling Selamat Di Dunia
[bhariannasional]_dewan Rakyat: 1,585 Laman Sesawang Disekat
Pusat beli belah online Rakuten di Malaysia



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 751
Rakyat Malaysia Pilih Komputer Untuk Tonton Video
sukawg
89314
Forum Jump: