Rekaan Bateri Punca Note 7 Meletup, Kata Samsung

Offline
01-23-2017, 02:29 PM,
#1
resim
Koh Dong-jin memberi penjelasan mengenai isu bateri telefon pintar Note 7 pada sidang media pagi tadi. FOTO EPA

resim
Presiden Mobile Buissness Samsung, Koh Dong-Jin (kiri) dan gambar di media sosial menunjukkan Note 7 hangus dengan skrin sentuh 5.7 inci terbakar dan cair.

Korea Selatan: Konglomerat Korea Selatan, Samsung menyalahkan pengeluaran bateri dan rekaan sebagai punca utama kegagalan telefon pintar 'flagship', Note 7 yang memalukan syarikat terbabit pada tahun lalu.

Presiden Bisnes Komunikasi Mudah Alihnya, Koh Dong-jin berkata, syarikatnya bertanggungjawab atas kegagalan untuk mengenalpasti isu rekaan bateri dan proses pengeluaran lebih awal sebelum pelancaran Note 7.

“Pada masa depan, kami melantik pasukan penasihat bateri yang fokus kepada kualiti pada setiap komponen perkakasan,” katanya.

Dalam sidang media di Korea Selatan pagi tadi, Samsung dan pakar luar dilantik mengatakan bateri dihasilkan dua pembekal berasingan menyebabkan telefon cepat panas dan pada kes tertentu mengakibatkan kebakaran.

Samsung menghentikan jualan Note 7 di peringkat global pada 11 Oktober 2016 selepas berjaya menjual sebanyak tiga juta unit.

Selepas itu, Samsung melancarkan program pengembalian semula dengan 92 peratus daripadanya dipulangkan. - Metro

Possibly Related Threads...
Samsung Galaxy S8 Kalahkan Iphone 8
Bahaya! Sudah Ada Beberapa Kes Bateri Iphone 8 Plus Menggelembung
Samsung Perkenal Galaxy S8, S8 Plus Warna Biru Laut Rm3,699
Samsung Jamin Galaxy S8 Selamat
Samsung Jual Semula Note 7 Yang Diubah Suai
Rekaan Bateri Punca Note 7 Meletup, Kata Samsung
Samsung Perkenalkan Ciri-ciri Terbaharu Untuk Galaxy S7 Edge.
Samsung Umum Keputusan Siasatan Note 7 Meletup Bulan Ini
Iphone 7 Meletup Sebabkan Kereta Terbakar Di Australia
Garis Panduan Pelanggan Samsung Galaxy Note 7



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 206
Rekaan Bateri Punca Note 7 Meletup, Kata Samsung
sukawg
107458
Forum Jump: