Rentung Di Georgetown: Pemimpin Mca Penang Hilang 4 Ahli Keluarga

Offline
11-15-2017, 12:45 PM,
#1
resim
LIM Swee Bok (tengah) bersama dua anak dan isterinya yang maut dalam kebakaran rumah mereka di Pengkalan Weld, Georgetown, pagi tadi.

resim
ANGGOTA bomba menyiasat lokasi kebakaran di Pengkalan Weld, Georgetown, pagi tadi. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

resim

PULAU PINANG – Empat beranak yang  rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Lebuh Cecil, Pengkalan Weld, Georgetown di sini pagi tadi merupakan ahli keluarga kepada Ketua Pemuda MCA Tanjung, Lim Swee Bok.

Ketika kejadian Swee Bok tidak berada di rumah kerana sedang bekerja di sebuah kilang.

Mereka yang maut ialah ibunya, Lau Sai Poh, 62; isteri yang juga warga China, Chen Yen, 35; dan anak lelaki serta perempuan Lim Yin Chun, 9, dan Im Jia Yiin, 8.

Menurut jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.08 pagi dan 20 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Tambahnya, tiga mayat iaitu dua dewasa dan seorang kanak-kanak ditemukan rentung di dalam tandas dan ruang tamu tingkat bawah manakala seorang lagi kanak-kanak ditemukan di tingkat atas rumah yang 60 peratus terbakar itu.

“Kesemua mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan kita kini masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Swee Bok tidak dapat menahan kesedihan sebaik sahaja tiba di rumahnya ketika kerja-kerja memadam kebakaran pagi tadi sehingga terpaksa ditenangkan jirannya.

Difahamkan, beliau masih lagi bersedih kerana kehilangan ayahnya yang meninggal dunia kerana sakit minggu lalu. - MG

Possibly Related Threads...
Keluarga Diraja Britain Punyai Kekayaan Rm366 Bilion
Kapal Selam Hilang, Bunyi Dari Dasar Laut Bukan Dari San Juan
Isteri Cantik Hamil Sudah 2 Minggu Dilapor Hilang
Ahli Politik Indonesia Terlibat Rasuah Rm700 Juta Buat-buat Sakit Elak Disiasat
Kapal Selam Tentera Argentina Dilapor Hilang
Gadis Bakal Nikah Hujung Bulan Ini Dilapor Hilang
Gadis Comel Dilapor Sudah 3 Hari Hilang Di Muar
Ahli Parlimen Dakwa Godfather Lindungi Sindiket Nelayan Asing
Wanita China Menjerit-jerit Seperti Hilang Akal Lepas Telefon Jatuh Dalam Tasik
Buat Bunting Demi Cari Semula Tomato Yang Hilang



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 63
Rentung Di Georgetown: Pemimpin Mca Penang Hilang 4 Ahli Keluarga
sukawg
113668
Forum Jump: