Restoran Didenda Rm270,000 Kerana Hidang Makanan Atas Papan

Offline
01-09-2018, 09:09 AM,
#1
resim
GAMBAR menunjukkan papan kayu yang digunakan untuk menghidang makanan di restoran berkenaan. - Agensi

London: Sebuah restoran stik dikenakan denda £50,000 (RM271,170) kerana menghidangkan makanan berulang kali di atas papan kayu.

Ibrahim’s Grill and Steak House di Acocks Green, Birmingham terus menggunakan papan kayu itu kepada pelanggannya walaupun sudah dikeluarkan notis penambahbaikan mengenai penggunaannya.

Gambar yang didedahkan oleh Majlis Perbandaran Birmingham menunjukkan beberapa papan kayu di restoran itu diliputi kesan arang hitam dan merah jambu.

Oktober tahun lalu, beberapa pegawai Kesihatan Alam Sekitar melawat restoran itu susulan kes keracunan makanan membabitkan 14 orang selepas acara parti.

Kebimbangan mereka adalah mengenai penggunaan papan kayu yang tidak boleh dibersihkan dan kakitangan terlalu bergantung kepada sarung tangan berbanding mencuci tangan mereka.

Bahan kimia pencuci juga tidak digunakan seperti yang dicadangkan oleh pengeluar.

Pegawai itu yang kembali membuat lawatan dua bulan kemudian mendapati ada peningkatan dari segi pengendalian makanan, namun papan kayu masih lagi digunakan.

Syarikat itu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Birmingham pada 4 Januari dan diperintahkan membayar denda berkenaan bersama kos £670 (RM3,633) dan £120 (RM650) pampasan kepada mangsa. - Agensi/Metro

Possibly Related Threads...
Syarikat Kurier Punca 570 Restoran Kfc Ditutup Lepas Gagal Hantar Ayam
Bil Elektrik Masjid Rm30,000 Sebulan Kerana Belum Tukar Status Tarif
Beratus Restoran Kfc Ditutup Kerana Tak Cukup Ayam
Isteri Minta Cerai Kerana Suami Enggan Belikan Kebab
Lubang Jahanam Atas Jalanraya Di Ibu Kota
Polis Sahkan Bayi Meninggal Di Johor Bukan Kerana Doula
Kerana Bosan, Kepala Budak Tersekat Tempat Duduk Tandas
Terpaksa Tutup Restoran Gara-gara Viral Caj Mahal
Guru Agama Didakwa Kerana Mencarut Dalam Whatsapp
Wanita Jual Walkie Talkie Di Mudah.my Didenda Rm14,000



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 31
Restoran Didenda Rm270,000 Kerana Hidang Makanan Atas Papan
sukawg
114987
Forum Jump: