Ribut Pasir Luar Biasa Melanda Arab

Offline
09-10-2015, 10:11 AM,
#1
resim
resim
GAMBAR yang dirakam seorang pembaca Arab News menunjukkan ribut pasir melanda Jeddah.

Jeddah: Ribut pasir yang melanda sebahagian besar Asia Barat menyebabkan bandar raya ini gelap sama sekali pada jam 6 petang kelmarin.

Kejadian berlarutan selama 40 minit sehingga menyebabkan beberapa penerbangan terpaksa ditangguh.

“Pesawat yang tiba terpaksa dialih ke lapangan terbang berhampiran sementara penerbangan yang hendak berlepas ditunda,” kata pegawai kanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah.

Menurutnya, tujuh penerbangan yang tiba dialihkan ke Madinah, Yanbu dan Taif.

“Ribut itu berlaku tiba-tiba. Saya dapat melihat dari balkoni kediaman saya ribut pasir itu seperti cendawan besar Saya menyangka ia asap.

“Saya tidak pernah melihat ribut pasir seburuk ini sepanjang hidup saya,” kata Sayia Haneef, penduduk di daerah Al-Sulaimaniya.

Ribut pasir itu sebelum ini melanda beberapa negara Asia Barat hingga menyebabkan dua orang terbunuh di Lubnan dan ratusan lagi berdepan masalah pernafasan.

Di Syria, kejadian itu menyebabkan jet pegebom dan helikopter kerajaan menangguhkan serangan terhadap kedudukan kumpulan penentang.

Antara paling teruk terjejas ialah pelarian Syria, khususnya di Lubnan.

Kementerian Kesihatan Lubnan berkata, dua wanita mati di hospital di Lembah Bekaa, kesan daripada ribut itu, tanpa menyatakan kerakyatan mereka. - Metro

resim
Fenomena itu turut menjejaskan jarak penglihatan di Genting Gaza. 

resim
Beberapa kanak-kanak pelarian Syria tidak menghiraukan bahaya ribut pasir yang melanda kem penempatan mereka di pinggir bandar Baalbek di Lubnan. - AFP

resim
People swim at the public beach of Ramlet al Bayda during a sand storm in Beirut, Lebanon. (AP)

Quote:SEBAHAGIAN besar kawasan barat di Timur Tengah, kelmarin dilanda fenomena ribut pasir dahsyat yang turut meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa selain menyebabkan ratusan lagi mengalami masalah pernafasan.

Debu tebal mula menyelubungi kebanyakan kawasan di Syria, Isnin lalu sebelum ia merebak ke Lubnan, Palestin, Jordan, Cyprus, Iraq dan Turki.

Di Damsyik, ketua sebuah hospital utama, Adeeb Mahmoud mengesahkan lebih 1,200 penduduk termasuk 100 kanak-kanak menerima rawatan kerana menghadapi kesukaran untuk bernafas sejak malam Isnin lalu.

Sementara itu, kumpulan pemerhati hak asasi manusia (SOHR) memaklumkan sekurang-kurangnya enam termasuk dua budak dan seorang warga emas maut selepas mengalami masalah kegagalan pernafasan.

Jurucakapnya berkata, beberapa hospital di bandar Mayadin di timur wilayah Deir Ezzor  juga tidak mampu lagi menerima pesakit akibat kekurangan tangki oksigen.

Di Beirut, Kementerian Kesihatan memberitahu dua wanita meninggal dunia ketika sedang dirawat di hospital.

“Jumlah pesakit yang mengalami kesukaran bernafas akibat fenomena ribut pasir itu telah meningkat kepada 750 kes,” jelas jurucakapnya.

Di Cyprus, sekurang-kurangnya 10 pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital dan susulan itu, pegawai kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah berikutan lapisan debu tebal tersebut dilaporkan berada lebih tinggi dari paras normal.    

Ribut pasir itu juga menyebabkan jerebu tebal di Kaherah hingga menjejaskan jarak penglihatan.

Di Jeddah, sekitar bandar tersebut diselubungi kegelapan pada jam 6 petang (waktu tempatan) selepas ribut pasir melanda selama 40 minit.

Pegawai kanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Abduk Hameed Abal-Ari berkata, fenomena luar biasa itu telah menyebabkan banyak jadual penerbangan masuk terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang berhampiran manakala penerbangan keluar ditangguhkan atas faktor keselamatan.

“Menjelang jam 7 malam (waktu tempatan), keadaan kembali seperti biasa,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/global/ribut-pasir-luar-biasa-landa-arab-1.429181


Possibly Related Threads...
Jerebu Kembali Melanda Negara
Gempa 6.2 Melanda Itali, Angka Korban Terus Meningkat
Pelanggan Sedang Minum Cendol Bertempiaran Lari Dilanda Ribut
Gempa 6.4 Magnitud Melanda Taiwan
Netizen Sangsi Bacaan Ipu Catat Sederhana Tapi Di Luar Tak Nampak Apa
Ribut Terbangkan Bumbung Lalu Menghempap Rumah Jiran Sebelah
Kesan Ribut Yang Melanda Beberapa Negeri Hari Ini
Ribut Salji Di Jepun, 
300 Penerbangan Dibatal
Video Ribut Besar Terbentuk Di Sydney Australia
26 Rumah Rosak Ribut 15 Minit



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 943
Ribut Pasir Luar Biasa Melanda Arab
sukawg
98149
Forum Jump: