Ringgit Boleh Mengukuh Rm4 Berbanding Dolar

Offline
06-03-2017, 07:09 AM,
#1


resim

KUALA LUMPUR 2 Jun - Mata wang ringgit boleh mengukuh sehingga RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kemungkinan boleh berlegar sehingga di bawah RM3.50.



Menurut City Research, mata wang ringgit merupakan ketiga tertinggi kepada nisbah ketidaktentuan dalam mata wang di bawah liputannya dan berada di bawah julat sebenar kadar pertukaran.

Katanya, selain itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2017 dan 2018 diunjur berkembang kepada 5.2 peratus (berbanding 4.5 peratus sebelum ini) selepas Malaysia menunjukkan KDNK yang kukuh pada suku pertama didorong oleh permintaan domestik terutama pelaburan tetap dan penggunaan.

“Reaksi nilai ringgi dilihat amat baik dengan semua bergerak secara purata. Oleh itu, ringgit boleh bergerak lebih ke hadapan mungkin di bawah RM3.50, tetapi buat masa ini kami mengunjurkan RM4 berbanding dolar AS.

“Dalam masa sama, pakar ekonomi kami juga menunjukkan bahawa momentum pertumbuhan pengukuhan ini melebihi potensi unjuran pertumbuhan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang mungkin mengubah jurang keluaran positif dan membiarkan ia terbuka kepada dasar kenaikan pada penghujung 2017 atau awal 2018,” katanya.

Menurut City Research dalam nota kajiannya di sini hari ini, mata wang ringgit menunjukkan potensi terbaik setakat ini.

Sehingga 6 petang ini, ringgit ditutup pada RM4.2790 berbanding dolar AS.

Pada pertengahan Mei lalu, ringgit muncul mata wang yang me*nunjukkan prestasi terbaik di Asia (tidak termasuk Jepun) pada suku kedua tahun ini, setelah mengukuh 2.5 peratus berbanding dolar AS.

Unit mata wang tempatan itu disokong oleh penilaian yang menarik, sentimen yang semakin bertambah baik dan kurangnya pegangan kedudukan pelabur asing.

Pada suku pertama tahun ini, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 5.6 peratus, prestasi terbaik yang dicatatkan selepas dua tahun, 4.2 peratus bagi suku pertama 2016 dan 5.8 peratus bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Pada pembentangan prestasi suku pertama 2017, 19 Mei lalu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, prestasi ringgit yang mengukuh 3.7 peratus berbanding dolar AS setakat ini, akan terus mencerminkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

BNM dengan kerjasama Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) setakat ini telah melaksanakan dua kali langkah bagi me*ngukuhkan ringgit iaitu pada Di*sember 2016 dan April 2017.

Langkah liberalisasi itu merupakan sebahagian daripada inisia*tif yang diambil bagi meningkatkan kecairan dalam pasaran mata wang asing dan memboleh*kan peserta pasaran menguruskan risiko pasaran de*ngan fleksibiliti lebih baik. - Utusan

Possibly Related Threads...
Ringgit Kini Dalam Trend Meningkat
4 April Ringgit Dibuka Makin Rendah
Ringgit Jatuh: Ramai Rakyat Malaysia Cari Kerja Di Singapura
Ringgit Dijangka Cecah 4.40 Akhir 2017
Ringgit Akan Pulih Pada Rm4.10 Pada Suku Ketiga
Ringgit Terbabas Melangkaui Rm4.500 Sedolar
3 Dec: Ringgit Susut Ke Paras Rm4.4932 Sedolar
Gangguan Spekulasi Ke Atas Ringgit Mula Reda
27 Dec: Ringgit Ditutup Rendah, 4.4760 Sedolar
Tak Perlu Panik, Ringgit Akan Pulih, Kata Menteri Kewangan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 237
Ringgit Boleh Mengukuh Rm4 Berbanding Dolar
sukawg
110589
Forum Jump: