Ringgit Cecah 4.00 Hari Ini, Tertinggi Dalam 20 Bulan

Offline
01-04-2018, 09:03 PM,
#1


resim

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada 4.0050/0080 berbanding dolar AS, naik 80 mata asas daripada 4.0130/0180 ketika ditutup semalam berikutan spekulasi pasaran yang Bank Negara Malaysia campur tangan bagi meningkatkan nilai mata wang tempatan.



Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata ringgit telah melonjakkan pasaran serantau ketika spekulasi pasaran memberi sokongan kepada prestasi cergas ringgit.

Mata wang tempatan itu mencecah paras berkenaan pada 5 Mei 2016.

Peniaga juga berkata, unit tempatan itu mempunyai asas yang kukuh seperti baht Thailand.

"Ringgit telah mengukuh 9.6 peratus sejak 29 Disember 2017 apabila ia berada pada 4.0440/0500 berbanding mata wang AS," katanya.

Ringgit juga meningkat berbanding mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0129/0156 daripada 3.191/0240 pada Rabu dan naik berbanding yen kepada 3.5584/5614 daripada 3.5735/5782 semalam.

Unit tempatan itu meningkat berbanding euro kepada 4.8228/8280 daripada 4.8304/8373 pada Rabu dan berbanding pound Britain ia menambah kepada 5.4240/4296 daripada 5.4513/4593 semalam. - BERNAMA/BHarian

Possibly Related Threads...
Ringgit Diramal Naik Ke Paras 3.95
Ringgit Dijangka Bawah Rm4 Setiap Dolar Tahun Depan
Ringgit Dinilai Secara Tidak Adil, Kata Bnm
Ringgit Dijangka 4.00 Berbanding Usd Awal Suku 2018
Minyak Naik Paras Tertinggi Sejak Julai 2015
Ringgit Tak Laku Hanya Spekulasi
Harga Brent Naik, Tertinggi Dalam 5 Bulan
Ringgit Dijangka Rm4.10 Berbanding Usd Akhir Tahun Ini
Harga Minyak Naik, Cecah Paras Tertinggi Sebulan
Ringgit Paling Stabil Di Asia



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 279
Ringgit Cecah 4.00 Hari Ini, Tertinggi Dalam 20 Bulan
sukawg
114916
Forum Jump: