Ringgit Dan Forex 12 Mac 2018

Offline
03-12-2018, 09:56 AM,
#1
Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disebabkan terutamanya oleh pengukuhan dolar AS.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada harga 3.9110/9180 berbanding 3.9070/9100 Khamis.

Ketua Dagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes, berkata kemungkinan perang perdagangan memberi kesan kepada sentimen serantau, selepas Trump meluluskan tarif ke atas import produk keluli dan aluminium.

"Kita mungkin menyaksikan peningkatan aliran keluar berlanjutan di peringkat serantau berikutan Trump terus mencanang dram perang perdagangan, yang mana ia dijangka mensasar pada Asia dengan ledakan tarif berikutnya," katanya.

Innes berkata, harga minyak global yang lebih rendah disebabkan peningkatan pengeluaran AS turut memberi kesan ke atas sentimen.

Sementara itu, ringgit mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 2.9667/9738 daripada 2.9670/9704 Khamis, dan lebih kukuh berbanding euro pada 4.8129/8227 berbanding 4.8373/8421 semalam.

Ia mengukuh berbanding yen kepada 3.6654/6730 daripada 3.6827/6859 dan menokok berbanding pound British kepada 5.3968/4068 daripada 5.4155/5212. - BERNAMA

Possibly Related Threads...
Eur/usd Forecast Feb. 12-16 2018
Ringgit Diramal Naik Ke Paras 3.95
Ringgit Cecah 4.00 Hari Ini, Tertinggi Dalam 20 Bulan
Ringgit Dijangka Bawah Rm4 Setiap Dolar Tahun Depan
Ringgit Dinilai Secara Tidak Adil, Kata Bnm
Ringgit Dijangka 4.00 Berbanding Usd Awal Suku 2018
Ringgit Tak Laku Hanya Spekulasi
Ringgit Dijangka Rm4.10 Berbanding Usd Akhir Tahun Ini
Ringgit Paling Stabil Di Asia
Ringgit Boleh Mengukuh Rm4 Berbanding Dolar



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 523
Ringgit Dan Forex 12 Mac 2018
NorCun
116274
Forum Jump: