Ringgit Dijangka 4.00 Berbanding Usd Awal Suku 2018

Online
11-19-2017, 09:04 PM,
#1


resim

KUALA LUMPUR: Mata wang ringgit dijangka mampu mencecah sehingga RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), seawal suku pertama tahun depan, sekiranya momentum semasa pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal.



Jumaat lalu, mata wang tempatan itu mencecah paras tertingginya dalam tempoh lebih setahun iaitu RM4.1565 berbanding dolar AS.

Nilai itu dicatatkan pada jam 2 petang, iaitu kira-kira dua jam selepas pengumuman Prestasi Ekonomi Suku Ketiga 2017 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyaksikan pertumbuhan pada suku ketiga mencatat 6.2 peratus, terbaik sejak suku kedua 2014.

Ketua Ahli Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamaruddin Mohd Nor, berkata ringgit dijangka akan terus mengukuh dibantu oleh persekitaran ekonomi global yang semakin baik.

Katanya, perdagangan antarabangsa dilihat akan terus berkembang yang secara tidak langsung memberi kesan yang positif terhadap mata wang tempatan.

"Ringgit buat pertama kalinya mencecah paras 4.15 berbanding dolar AS pada tahun ini. Laporan pertumbuhan ekonomi suku ketiga yang menggalakkan serta harga minyak mentah yang berada pada paras tinggi membantu menyokong nilai ringgit.

"Jika momentum semasa ini terus kekal sehingga tahun depan, nilai ringgit mungkin boleh terus mengukuh kepada sehingga RM4.00 berbanding dolar AS, seawal suku pertama tahun depan," katanya kepada BH ketika dihubungi, baru-baru ini.

Sementara itu, ahli ekonomi Affin Hwang Investment Bank, masih mengekalkan unjuran yang ringgit akan terus mengukuh berbanding dolar AS kepada RM4.10 pada akhir tahun ini.

Beliau berkata, pengukuhan ringgit kebelakangan ini berlandaskan tiga faktor iaitu yang pertama, jangkaan bahawa BNM akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tahun hadapan.

"Kedua, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang terus mengatasi ramalan asal dan ketiga kenaikan harga minyak dunia yang akan memanfaatkan industri minyak dan gas," katanya.

"Buat masa ini, kami masih mengekalkan unjuran kami dengan ringgit akan terus mengukuh berbanding dolar AS kepada RM4.10 pada akhir tahun ini," katanya.

Mengulas lanjut, ahli ekonomi itu berkata, selain tiga faktor itu, Affin Hwang Investment sudah menjangkakan pengukuhan ringgit yang beransur-ansur atas faktor arahan BNM untuk menukar 75 peratus daripada hasil eksport kepada ringgit.

"Mengikut kiraan kami, perkara itu memang akan boleh membantu untuk menstabilkan ringgit memandangkan Malaysia terus menikmati imbangan perdagangan dan akaun semasa yang positif," katanya.

Dalam pada itu, bank pelaburan terbabit turut berpendapat hasil pengumuman KDNK jarang memberikan kesan yang besar kepada mata wang tempatan.

"Ia memandangkan pasaran sudah mengambil kira petunjuk-petunjuk ekonomi bulanan di dalam menilai kedudukan ekonomi semasa, berbanding KDNK yang hanya keluar dalam setiap suku tahunan," katanya.

INFO

- Ringgit dijangka diniagakan pada kadar RM4.00 berbanding dolar AS suku pertama 2018
- Pengumuman KDNK jarang memberi kesan besar kepada prestasi ringgit

- BHarian

Possibly Related Threads...
Ringgit Dijangka Bawah Rm4 Setiap Dolar Tahun Depan
Harga Minyak Dijangka Kekal Usd50 Hingga Usd60 Setong
Ringgit Dinilai Secara Tidak Adil, Kata Bnm
Ringgit Tak Laku Hanya Spekulasi
Ringgit Dijangka Rm4.10 Berbanding Usd Akhir Tahun Ini
Harga Minyak Dijangka Usd60 Hujung Tahun Ini
Ringgit Paling Stabil Di Asia
Ringgit Boleh Mengukuh Rm4 Berbanding Dolar
Bnm Dijangka Naikkan Kadar Faedah Separuh Kedua 2017
Ringgit Kini Dalam Trend Meningkat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 917
Ringgit Dijangka 4.00 Berbanding Usd Awal Suku 2018
sukawg
113763
Forum Jump: