Ringgit Dijangka Bawah Rm4 Setiap Dolar Tahun Depan

Offline
12-12-2017, 03:33 PM,
#1


resim

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meneruskan aliran pengukuhannya mencecah paras di bawah RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2018, kata penganalisis pasaran.



Sentimen positif ekonomi tempatan dan faktor luar akan mendorong ringgit untuk menikmati aliran meningkat seterusnya, menuju ke paras RM4 sedolar menjelang penghujung 2017, sebelum diunjur mengukuh hingga ke paras RM3.95 sedolar pada suku keempat tahun hadapan.

United Overseas Bank (UOB) dalam nota penyelidikannya berkata, pihaknya melihat faktor positif semasa akan terus memacu ringgit untuk terus mengukuh berbanding dolar AS.

Ia berkata, tiga faktor positif utama yang akan terus menyokong pengukuhan ringgit ialah pertumbuhan ekonomi yang kukuh, pengukuhan harga minyak mentah dunia dan jangkaan kesan Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun depan.

Bank yang berpangkalan di Singapura dan juga ketiga terbesar Asia Tenggara itu berkata, petunjuk teknikalnya juga mencadangkan ringgit akan terus meningkat dalam tempoh mendatang.

"Dengan petunjuk ekonomi makro yang positif, kami mengulangi pandangan positif kami bagi ringgit.

"Kami melihat pengukuhan ringgit kepada RM4.05 (sedolar) pada suku pertama 2018, RM4.02 pada suku kedua 2018, RM3.97 pada suku ketiga 2018 dan RM3.95 pada suku keempat 2018," katanya.

Sementara itu, TA Securities Holdings Bhd juga mengunjurkan ringgit akan meneruskan aliran meningkatnya berbanding dolar AS tahun depan.

Ia berkata, jangkaan kenaikan kadar faedah, peningkatan harga minyak mentah dan penghantaran balik pendapatan eksport memberi impak positif kepada ringgit.

Malah, katanya, keadaan itu dijangka kekal kondusif kepada mata wang tempatan untuk terus mengukuh pada separuh pertama 2018.

"Ada kemungkinan bagi ringgit untuk mencecah RM4 atau di bawah berbanding dolar AS menjelang akhir tahun atau pada awal 2018 bersandarkan kepada rangsangan positif ketika ini.

"Ini sekali gus meletakkan purata ringgit kepada RM4.29 berbanding dolar AS pada 2017," katanya.

Walau bagaimanapun, TA Securities berpandangan bahawa ringgit akan bergerak secara tidak menentu berbanding dolar AS berikutan jangkaan potensi kenaikan kadar faedah di AS dan bank pusat utama lain serta pergerakan turun naik tidak menentu minyak mentah.

Ia berkata, unjuran ringgit bagi 2018 adalah pada paras RM4.10 berbanding dolar AS daripada RM4.15 sebelum ini.

"Kebimbangan kami ialah jika bank pusat utama bercadang untuk meningkatkan kadar faedah secara serentak tahun depan, yang mana ia tidak baik untuk aliran modal kita," katanya. - BHarian

Possibly Related Threads...
Ringgit Dan Forex 12 Mac 2018
Ringgit Diramal Naik Ke Paras 3.95
Ringgit Cecah 4.00 Hari Ini, Tertinggi Dalam 20 Bulan
Harga Minyak Dijangka Kekal Usd50 Hingga Usd60 Setong
Ringgit Dinilai Secara Tidak Adil, Kata Bnm
Ringgit Dijangka 4.00 Berbanding Usd Awal Suku 2018
Ringgit Tak Laku Hanya Spekulasi
Ringgit Dijangka Rm4.10 Berbanding Usd Akhir Tahun Ini
Permintaan Minyak Dunia Diramal Susut Tahun Depan
Harga Minyak Dijangka Usd60 Hujung Tahun Ini



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 1702
Ringgit Dijangka Bawah Rm4 Setiap Dolar Tahun Depan
sukawg
114284
Forum Jump: