Ringgit Dijangka Rm4.10 Berbanding Usd Akhir Tahun Ini

Offline
08-23-2017, 08:21 PM,
#1


resim

KUALA LUMPUR: Kumpulan perbankan Standard Chartered Plc, menjangka ringgit akan meningkat kembali kepada "nilai wajarnya" pada separuh kedua tahun ini, lebih awal berbanding pada separuh pertama 2018 seperti yang diunjurkan sebelum ini.



Pengukuhan nilai mata wang tempatan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) itu akan disokong pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Sejajar itu, kami menyemak semula unjuran ringgit berbanding dolar AS kepada RM4.20 (berbanding dolar AS) bagi suku ketiga tahun dan RM4.10 pada akhir tahun ini," kata cabang penyelidikan kumpulan berkenaan, Standard Chartered Research dalam laporan Fokus Global Suku Ketiga 2017.

Daripada aspek penilaian, ia berkata ringgit kekal amat menarik dan sangat relevan dalam persekitaran di mana pelabur, yang mahu mendapatkan pulangan, akan memilih aset yang mempunyai penilaian tukaran asing baik di pasaran sedang pesat membangun.

"Walaupun ringgit meningkat empat peratus setakat ini pada suku kedua, kadar tukaran asing efektif sebenarnya hanya sedikit di atas paras terendah dalam sejarah, termasuklah semasa krisis kewangan Asia. Ia juga 11 peratus di bawah purata pergerakan 10 tahun," katanya.

Ekonomi Malaysia, seperti yang diukur KDNK berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2017, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang kukuh khususnya perbelanjaan sektor swasta serta peningkatan eksport.

Prestasi cemerlang itu adalah pertumbuhan suku tahun tertinggi sejak suku pertama 2015, sekali gus mengatasi unjuran purata penganalisis dan ahli ekonomi iaitu pada kadar 5.4 peratus.

Ia juga membolehkan ekonomi Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini berkembang sebanyak 5.7 peratus, selepas mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus pada suku pertama lalu.

Selepas pengumuman angka pertumbuhan luar jangkaan itu pada Jumaat lalu, nilai mata wang tempatan mengukuh 0.47 peratus kepada RM4.2785 semalam daripada RM4.2955 berbanding sedolar pada Khamis lalu.

Sementara itu, dari kekukuhan sistem kewangan negara, kelmarin Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan, rizab antarabangsa negara meningkat AS$1 bilion, pada minggu berakhir 15 Ogos lalu, kepada AS$100.4 bilion. Angka itu adalah tertinggi sejak pertengahan Julai 2015. Jumlah rizab itu memadai untuk menampung 7.9 bulan import dan 1.1 kali hutang jangka pendek.

Hong Leong Bank dalam nota penyelidikannya semalam berkata, nilai mata wang tempatan mulai mengukuh secara berperingkat berbanding dolar AS dan mata wang utama negara G7.

Bank berkenaan menjangka ringgit berbanding dolar AS akan mengukuh secara sederhana, disokong peningkatan minat pasaran.

Hong Leong Bank menjangka dalam jangka terdekat ringgit akan meningkat untuk menguji paras halangan RM2.746 sedolar.

INFO

*Ringgit muncul antara mata wang Asia mencatatkan prestasi terbaik pada 2017
*Ia disokong suasana ekonomi makro domestik yang menggalakkan - BHarian

Possibly Related Threads...
Ringgit Tak Laku Hanya Spekulasi
Permintaan Minyak Dunia Diramal Susut Tahun Depan
Harga Minyak Dijangka Usd60 Hujung Tahun Ini
Ringgit Paling Stabil Di Asia
Ringgit Boleh Mengukuh Rm4 Berbanding Dolar
Bnm Dijangka Naikkan Kadar Faedah Separuh Kedua 2017
Ringgit Kini Dalam Trend Meningkat
4 April Ringgit Dibuka Makin Rendah
Kronologi Selepas Artikel 50 #Brexit Diaktifkan Sepanjang Tahun 2017 Dan Selepasnya
Ringgit Jatuh: Ramai Rakyat Malaysia Cari Kerja Di Singapura



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 880
Ringgit Dijangka Rm4.10 Berbanding Usd Akhir Tahun Ini
sukawg
112161
Forum Jump: