Ringgit Diramal Naik Ke Paras 3.95

Offline
01-13-2018, 05:48 PM,
#1


resim

KUALA LUMPUR - Ringgit diramal naik ke paras 3.95 berbanding dolar AS minggu depan berikutan data perdagangan yang mantap yang dikeluarkan baru-baru ini ekoran pengukuhan harga minyak mentah dan kemerosotan mata wang AS.



Ketua Perdagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes berkata, data Indeks Pengeluaran Perindustrian yang lebih baik daripada dijangka yang dikeluarkan pada Khamis lepas, menonjolkan daya tahan ekonomi domestik.

"Ia memberi syarat kukuh untuk Bank Negara Malaysia menaikkan kadar faedah pada Januari," katanya.

Innes berkata, pengukuhan harga minyak mentah yang bergerak melepasi AS$69 (AS$1=RM3.97) setong baru-baru ini akan membawa ringgit ke paras 3.95 berbanding dolar AS, mungkin seawal minggu depan.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada 3.9700/9730 daripada 3.9950/9000 pada minggu lepas.

Bagaimanapun ia diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9895/9924 daripada 3.0081/0123 minggu lepas dan menambah berbanding pound Britain kepada 5.4040/4084  daripada 5.4048/4132. 

Unit tempatan itu menyusut berbanding yen kepada 3.5727/5761 daripada 3.5279/5333 Jumaat lalu dan merosot berbanding euro kepada 4.8128/8181 daripada 4.8116/8192. - Bernama/Kosmo

Possibly Related Threads...
Ringgit Cecah 4.00 Hari Ini, Tertinggi Dalam 20 Bulan
Ringgit Dijangka Bawah Rm4 Setiap Dolar Tahun Depan
Ringgit Dinilai Secara Tidak Adil, Kata Bnm
Ringgit Dijangka 4.00 Berbanding Usd Awal Suku 2018
Minyak Naik Paras Tertinggi Sejak Julai 2015
Ringgit Tak Laku Hanya Spekulasi
Harga Brent Naik, Tertinggi Dalam 5 Bulan
Ringgit Dijangka Rm4.10 Berbanding Usd Akhir Tahun Ini
Harga Minyak Naik, Cecah Paras Tertinggi Sebulan
Permintaan Minyak Dunia Diramal Susut Tahun Depan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 760
Ringgit Diramal Naik Ke Paras 3.95
sukawg
115078
Forum Jump: