Ringgit Tak Laku Hanya Spekulasi

Offline
09-19-2017, 01:54 PM,
#1
Ringgit tak laku hanya spekulasi


resim
Ada yang memilih untuk membuat pembayaran guna Bath.

TANGGAPAN kesan kejatuhan mata wang beri kesan secara menyeluruh kepada perkembangan sesebuah ekonomi masih tidak dapat dilihat secara jelas.

Namun realitinya, banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi perkembangan ekonomi sesebuah kawasan, walaupun keadaan mata wang yang digunakan memberangsangkan.

Sifir mudah bagi kejatuhan mata wang adalah kesan negatif kepada pembeli, peniaga, perdagangan dan pelaburan yang dilaksanakan melibatkan ekonomi setempat, walaupun pada dasarnya mata wang yang kukuh juga boleh beri kesan tidak komparatif kepada pengguna.

Kelantan, antara negeri yang dikaitkan dengan spekulasi negeri yang terkesan dengan senario kadar tukaran mata wang yang tidak teratur, memandangkan negeri pantai timur ini berada di sempadan Malaysia – Thailand iaitu di Rantau Panjang.

Kebanyakan ekonomi dan perusahaan melibatkan negeri ini berkait rapat dengan negara Gajah Putih tersebut, malah ia merupakan perniagaan dan pelaburan sihat dalam membawa lebih ramai pelancong untuk datang ke negeri ini, sekali gus menjadikan Kelantan sebagai negeri transit untuk ke sempadan Thailand.

Rekod portal rasmi Jabatan Akauntan Negara, kadar tukaran wang asing melibatkan Thai Bath dan Ringgit Malaysia (RM)  bermula Januari tahun ini menyaksikan perubahan ketara untuk 100 unit jualan iaitu pada Januari, bacaan kadar tukaran menunjukkan 12.5884, Februari 12.6881,  Mac 12.8132, April 12.8289, Mei 12.9230, Jun 12.6359, Julai 12.6914, Ogos 12.8208 dan September 13.0067.

Ikuti tinjauan Sinar Harian  di sempadan Malaysia-Thailand iaitu di Sungai Golok dan Rantau Panjang bagi melihat lebih dekat sejauh mana perubahan pertukaran mata wang ini memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada ekonomi kedua-dua kawasan kejiranan tersebut.

Kejatuhan mata wang tidak beri kesan kepada peniaga di Thailand


Hakikatnya, keaslian rasa yang dimiliki makanan Thailand dan juga kualiti barangan bersesuaian dengan harga menghilangkan kegusaran hati rakyat Malaysia untuk terus mendapatkan barangan dan perkhidmatan daripada negara jiran ini walaupun terpaksa berdepan kejatuhan mata wang yang agak teruk sejak kebelakangan ini.

Banyak pihak yang tidak melihat bahawa kejatuhan mata wang sebenarnya memberi kuasa kepada sesuatu perniagaan itu apabila setiap urusan menggunakan mata wang domestik memberi peluang lain kepada peniaga untuk meraih untung sampingan.

Peniaga buat dua harga barangan

Sebagai contohnya, salah seorang peniaga di Bazar Sungai Golok, Zubaidah Nor Mohamad, berkata, perniagaan jualan pakaian yang diusahakannya lebih 46 tahun itu tidak pernah terkesan dengan masalah kadar penurunan mata wang.

Menurutnya, sebagai peniaga yang bertimbang rasa, dia akan sentiasa menasihati pembeli untuk menukar duit Thai Bath terlebih dahulu untuk mengelak daripada membuat bayaran lebih.

“Sebagai contoh, harga baju 250 Bath, kalau pembeli mahu bayar dengan duit Malaysia, maka mereka mesti bayar RM30 atau lebih, mengikut kadar pertukaran wang semasa. Sebab itu kami nasihatkan mereka tukar duit terlebih dahulu.

“Kami terpaksa buat dua harga untuk memudahkan pembeli nilai sendiri mana lebih untung. Namun rata-rata pembeli yang datang ke kedai saya, hanya segelintir sahaja yang menyediakan duit Thai Bath, selebihnya akan menggunakan Ringgit Malaysia biarpun terpaksa bayar lebih mengikut harga semasa pertukaran,” katanya.

Peniaga berusia 62 tahun itu juga berkongsi, perniagaan pakaian yang diusahakannya tidak pernah terjejas walaupun kadar mata wang Malaysia kini semakin menurun.

Malah dia juga berkongsi, lebih ramai pelancong Malaysia ke negara jiran itu untuk membeli terus daripada pekedai, bagi mengelak daripada kenaikan harga yang luar biasa apabila dibawa masuk ke Malaysia oleh orang tengah.

Perkara sama juga diakui Osman Chaling, 28, yang bekerja di salah sebuah kedai perusahaan barangan runcit di tengah bandar Golok sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, kerancakan ekonomi yang berlaku antara Malaysia dan Thailand masih berjalan seperti biasa, malah ia terbukti dengan pembelian yang dibuat di kedai tempatnya bekerja.

“Seawal pagi lagi pembeli dari Malaysia datang ke kedai kami untuk dapatkan barangan-barangan borong yang kami sediakan. Bagi saya ia tidak memberi kesan, malah ia lebih bagus lagi kerana ada di antara mereka yang menggunakan ringgit Malaysia untuk membayar, ia akan lebih menguntungkan penjual apabila kita menukar wang tersebut kepada Thai Bath nanti.

“Itu salah satu kelebihannya, kadangkala ada juga yang bayar guna wang Malaysia dan Thai Bath, kami tidak kisah, namun setiap urusan perniagaan yang dilakukan adalah mengikut kadar tukaran wang semasa. Memang kami sentiasa peka dengan perkara itu bagi memudahkan pembeli menukar duit dan sebagainya,” katanya.

Bayar RM80 untuk tiga orang makan

Dalam pada itu, tidak lengkap tinjauan Sinar Harian ke negara yang popular dengan keenakan masakannya terutama tom yam jika tidak merasai keasliannya. Jadi kami memesan tom yam, nasi putih, telur goreng dan minuman.

Kesedapannya memang tiada tandingan, kami berpuas hati namun terkejut apabila harga makanan kami itu boleh dikatakan terlalu mahal jika dikira dalam Ringgit Malaysia kerana kami perlu bayar RM80 untuk tiga orang makan.

Ketika tinjauan juga, kami agak bernasib baik kerana hari tersebut dimaklumkan bermula jam 7 pagi sehingga 12 tengah hari sudah empat kali kadar mata wang berubah dan ketika itu nilai paling tinggi iaitu 7.71. Kami tukar RM500 boleh dapat lebih 3,800 Bath.

Penat hari-hari tukar duit

Berlainan pula situasinya dengan seorang peniaga barangan kecantikan dan kesihatan dari Tanah Merah, yang mengambil bekalan di Thailand.

Luahnya kadar mata wang tidak menentu ini membuatnya 'penat'.

“Untuk memudahkan urusan, saya tetapkan kadar iaitu pada RM6.88 dan sekiranya kadar pada hari itu lebih tinggi, saya akan tanggung sendiri. Letih kalau hari-hari kena tukar duit,” katanya.

Pun begitu, ketika tinjauan disekitar bandar Golok dan berdekatan, suasana lengang dan tidak ramai mungkin memikirkan kadar tukaran mata wang dialami kini. - Sinar

Possibly Related Threads...
Ringgit Dijangka Rm4.10 Berbanding Usd Akhir Tahun Ini
Ringgit Paling Stabil Di Asia
Ringgit Boleh Mengukuh Rm4 Berbanding Dolar
Ringgit Kini Dalam Trend Meningkat
4 April Ringgit Dibuka Makin Rendah
Ringgit Jatuh: Ramai Rakyat Malaysia Cari Kerja Di Singapura
Ringgit Dijangka Cecah 4.40 Akhir 2017
Ringgit Akan Pulih Pada Rm4.10 Pada Suku Ketiga
Ringgit Terbabas Melangkaui Rm4.500 Sedolar
3 Dec: Ringgit Susut Ke Paras Rm4.4932 Sedolar



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 441
Ringgit Tak Laku Hanya Spekulasi
sukawg
112601
Forum Jump: