Rm285,000 Harga Hotel Untuk 10 Hari Terakhir Ramadan Di Makkah

Offline
06-20-2017, 12:12 AM, (This post was last modified: 06-20-2017, 12:13 AM by sukawg.)
#1
resim
PEMANDANGAN Masjidilharam dari sebuah hotel di pekarangannya.

Makkah/Madinah: Harga untuk menetap selama 10 hari terakhir Ramadan di kamar hotel dengan pemandangan Masjidilharam dikatakan mencecah SR250,000 (RM285,000).

Bagi kamar lain di sekitar masjid berkenaan, harganya bermula daripada SR40,000 (RM45,500). Kamar itu bagaimanapun tidak mempunyai pemandangan Masjidilharam walaupun ia berhampiran masjid itu.

Harga lebih rendah boleh didapati di hotel yang terletak jauh.

Sementara itu, pihak berkuasa Masjid Nabawi berkata, kira-kira 13,575 orang mendaftarkan diri untuk beriktikaf di masjid berkenaan sepanjang 10 hari terakhir Ramadan.

Daripada jumlah itu, 11,432 adalah lelaki dan 2,143 wanita, menurut setiausaha rendah pengurusan Masjid Nabawi, Saud Al-Saedi seperti yang dipetik oleh Agensi Berita Saudi (SPA).

Tiga kawasan dikhususkan untuk jemaah lelaki dan satu untuk wanita.

Kawasan berkenaan disediakan dengan kakitangan terlatih dan kelengkapan teknikal, katanya.

Mereka yang beriktikaf itu dikenakan syarat, antaranya, memastikan kawasan itu bersih dan menamatkan iktikaf mereka selepas solat Isyak pada malam Ramadan terakhir. - Agensi/Metro

Possibly Related Threads...
Hari Raya Aidiladha Disambut Jumaat 1 September 2017
Selama 3 Tahun, Lelaki Oku Gali Bukit Depan Rumah Untuk Bina Jalan
Tiada Penipuan Kiraan Harga Minyak, Kata Menteri
17-23 Ogos: Harga Petrol Naik, Diesel Turun
Harga Teh O Masih Kekal 20 Sen Sejak 20 Tahun Lalu
Duit Br1m Peringkat Terakhir Dibayar Esok
Model Jelita Lapor Polis Lepas Datuk Bandar Mungkir Janji Untuk Mengahwininya
10-16 Ogos: Harga Ron95 Naik 5 Sen, Ron97 Naik 7 Sen
Sanggup Bayar Rm400 Untuk Sebiji Durian Musang King
Curi Baju Untuk Pergi Temuduga, Polis Beri Peluang Kedua



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 62
Rm285,000 Harga Hotel Untuk 10 Hari Terakhir Ramadan Di Makkah
sukawg
110972
Forum Jump: