Rm285,000 Harga Hotel Untuk 10 Hari Terakhir Ramadan Di Makkah

Offline
06-20-2017, 12:12 AM, (This post was last modified: 06-20-2017, 12:13 AM by sukawg.)
#1
resim
PEMANDANGAN Masjidilharam dari sebuah hotel di pekarangannya.

Makkah/Madinah: Harga untuk menetap selama 10 hari terakhir Ramadan di kamar hotel dengan pemandangan Masjidilharam dikatakan mencecah SR250,000 (RM285,000).

Bagi kamar lain di sekitar masjid berkenaan, harganya bermula daripada SR40,000 (RM45,500). Kamar itu bagaimanapun tidak mempunyai pemandangan Masjidilharam walaupun ia berhampiran masjid itu.

Harga lebih rendah boleh didapati di hotel yang terletak jauh.

Sementara itu, pihak berkuasa Masjid Nabawi berkata, kira-kira 13,575 orang mendaftarkan diri untuk beriktikaf di masjid berkenaan sepanjang 10 hari terakhir Ramadan.

Daripada jumlah itu, 11,432 adalah lelaki dan 2,143 wanita, menurut setiausaha rendah pengurusan Masjid Nabawi, Saud Al-Saedi seperti yang dipetik oleh Agensi Berita Saudi (SPA).

Tiga kawasan dikhususkan untuk jemaah lelaki dan satu untuk wanita.

Kawasan berkenaan disediakan dengan kakitangan terlatih dan kelengkapan teknikal, katanya.

Mereka yang beriktikaf itu dikenakan syarat, antaranya, memastikan kawasan itu bersih dan menamatkan iktikaf mereka selepas solat Isyak pada malam Ramadan terakhir. - Agensi/Metro

Possibly Related Threads...
Viral Dobi Hanya Untuk Pelanggan Islam Terima Pelbagai Reaksi
Selipar Hotel Ada Kalimah Allah Di Sitiawan
21~27 Sept: Harga Petrol, Diesel Turun
Tahfiz Dibakar: Rm750,000 Dibelanjakan Untuk Ubah Suai Bangunan Asal
Misteri Mata Budak Mengeluarkan Kapas Setiap Hari
Tahfiz Terbakar: Surat Terakhir Seorang Mangsa Kepada Ibunya
14~20 Sept: Harga Petrol, Diesel Naik Lagi
Kedah Berkabung 7 Hari, Esok Cuti Umum
Guru Besar Didakwa Pilih Syarikat Isteri Untuk Kontrak Sekolah
Harga Petrol Akan Terus Naik, Kata Penganalisis Ekonomi



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 83
Rm285,000 Harga Hotel Untuk 10 Hari Terakhir Ramadan Di Makkah
sukawg
110972
Forum Jump: