Rogol Liwat 600 Kali: Bapa Liwat Anak 3 Kali Sehari Setiap Hari

Offline
08-09-2017, 07:11 PM,
#1
Bapa didakwa 182 pertuduhan cabul rogol liwat anak sendiri
Liwat anak 3 kali sehari setiap hari



resim

PUTRAJAYA - Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak atas 182 pertuduhan melakukan serangan seksual termasuk liwat dan rogol anak kandungnya, sejak Januari lalu.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan di hadapan Hakim Mahkamah Jenayah Seksual, Yong Zarida Sazali sebentar tadi.

Berdasarkan pertuduhan, dia yang bekerja sebagai agen unit amanah didakwa melakukan 30 perbuatan seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun.

Lelaki berusia 36 tahun itu yang mempunyai hak pemeliharaan didakwa melakukan penganiayaan seks terhadap mangsa.

Bapa kepada tiga anak perempuan itu turut didakwa merogol mangsa.

Tertuduh juga didakwa dengan 150 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii (liwat) terhadap mangsa tiga kali sehari setiap hari bermula Januari sehingga Mac lepas.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik utama rumahnya, di Sungai Way, Petaling Jaya bermula 1 Januari sehingga 20 Julai lalu.

Pada prosiding itu, pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin.

Hakim, Yong Zarida Sazali menangguhkan prosiding sehingga esok bagi membolehkan lebih 400 pertuduhan liwat yang lain dibacakan.

Tiada jaminan dibenarkan ke atas tertuduh. - Sinar

Possibly Related Threads...
Paderi Serah Diri Lepas Anak Angkat Dakwa Dicabul Selama 8 Tahun
Gadis Bernama Z Dakwa Diperkosa Kekasih Kakak Lebih 10 Kali
Ibu Didakwa Lacurkan Anak Gadis Sendiri Di Sarawak
Seks Dengan Isteri Bawah Umur Adalah Salah, Dianggap Rogol
Pakcik Didakwa Cabul Anak Saudara Sendiri
Jurulatih Huang Qiang Didakwa Rogol Atlet Terjun
Jurulatih Skuad Para Kl2017 Dipenjara Liwat Budak Bola
Jurulatih Rogol Atlet Renang Akan Didakwa Esok
Ibu Ditahan Paksa Anak Melacur Sebelum Diratah Lelaki 3 Kali
Rogol Atlet Renang, Reman Jurulatih Dilanjut 5 Hari



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 207
Rogol Liwat 600 Kali: Bapa Liwat Anak 3 Kali Sehari Setiap Hari
sukawg
111923
Forum Jump: