Rogol Liwat 600 Kali: Bapa Liwat Anak Sepanjang Bulan Ramadan, Hari Raya

Offline
08-10-2017, 03:47 PM,
#1
10 Ogos - Pertuduhan disambung hari ini


Bapa liwat anak sepanjang bulan Ramadhan, Hari Raya

resim
Seorang duda dibawa untuk menyambung pertuduhan ke atasnya di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Putrajaya atas tuduhan merogol dan meliwat anak gadis sendiri yang berumur 15 di sini hari ini.

PUTRAJAYA - Seorang lelaki yang didakwa menjadikan anak gadis sendiri sebagai mangsa memuaskan nafsu buasnya telah dituduh melakukan perbuatan tersebut sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang lalu ketika kertas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini hari ini.

Lelaki berusia 36 tahun yang juga ejen pelaburan itu turut dituduh melakukan perbuatan liwat terhadap anak perempuan sulung berusia 15 tahun itu pada bulan Januari, Februari, April, Mei, Jun dan Julai lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan kes itu dilakukan tiga kali sehari pada waktu subuh, petang dan tengah malam di dalam bilik yang sama serta rumah yang sama.

Mahkamah hari ini bersidang selama tiga jam bagi mendengar sebanyak 444 kertas pertuduhan yang dibacakan oleh Jurubahasa Mahkamah, S. Umma.

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dan memohon untuk dibicarakan.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nordiana Ali dan Aimi Syazwani Sarmin.

Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Sesyen, Yong Zarida Sazali memutuskan tiada sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh dan menetap tarikh sebutan semula pada 18 September depan untuk mendapatkan laporan kimia dan laporan perubatan.

Semalam, sebanyak 182 pertuduhan dibacakan terhadap lelaki tersebut meliputi pertuduhan merogol, meliwat, sumbang mahram dan melakukan sentuhan seksual fizikal terhadap anak gadisnya. - Kosmo

Possibly Related Threads...
Lelaki Kelantan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri Dipenjara 18 Tahun
Isteri Selamba Seks Dengan Kekasih Depan Anak-anak Ketika Suami Tiada
Bilal Didakwa Hari Ini Liwat Remaja Lelaki
Duda Didakwa Perkosa Kekasih Sendiri Hingga Mengandung 5 Bulan
Liwat Cabul Pelajar Tahfiz, Bekas Warden Dipenjara 20 Tahun
Liwat Banduan Lain Di Penjara Marang, Lelaki Dipenjara 5 Tahun
Perkosa Anak Sendiri 3 Malam Berturut-turut, Bapa Dipenjara 24 Tahun
Ada Ibu Biar Anak Diratah Suami Sendiri Kerana Sibuk Bekerja
Perkosa 2 Anak Jiran Sekaligus, Lelaki Lembam Didakwa Hari Ini
Budak 9 Tahun Hamil Lepas Diperkosa Bapa Tiri 10 Kali Sehari



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 225
Rogol Liwat 600 Kali: Bapa Liwat Anak Sepanjang Bulan Ramadan, Hari Raya
sukawg
111935
Forum Jump: