Rompak Kedai Emas Hanya 15 Saat, Kerugian Rm50,000

Offline
11-23-2017, 07:51 PM,
#1
resim
POLIS memeriksa kedai emas yang dirompak dalam masa 15 saat di Jalan Hospital hari ini.

TANAH MERAH: Hanya 15 saat, itulah masa yang diambil oleh seorang perompak untuk melarikan barang kemas bernilai hampir RM50,000 di sebuah kedai emas di Jalan Hospital, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.50 pagi itu, suspek yang memakai topi keledar dan topeng muka memasuki premis sebelum memecah cermin pameran dengan tukul besi dan melarikan rantai emas.

Ketika itu, terdapat empat pekerja di dalam premis berkenaan dan mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Seorang pekerja kedai, Nor Haliza Ibrahim, 20, berkata suspek memasuki kedai itu berseorangan dengan memakai topeng muka dan topi keledar, yang membuat mereka berasa curiga.

"Tiba-tiba lelaki itu mengeluar tukul besi dan memecahkan cermin laci tempat barang kemas dipamerkan.

"Perompak itu bertindak pantas mengaut barang kemas, termasuk beberapa utas rantai leher dipamerkan itu secara tergesa-gesa sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal yang diletakkan di luar premis," katanya ditemui di kedai berkenaan, di sini.

Beliau berkata, kejadian itu sempat dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam kedai itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad meminta kerjasama orang ramai untuk tampil memberi maklumat jika melihat kejadian itu bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya. - BHarian

Possibly Related Threads...
5 Polis Rompak Rm35,000 Di Kedai Emas Jalan Masjid India
Gadis Tertekan Pedal Minyak, Saga Rempuh Masuk Kedai Mesra Petronas
Warga Emas Rugi Rm140,000 Lepas Melabur Dalam Forex
Wanita Didakwa Tipu Jual Kad Membership Dengan Kerugian Rm113 Juta
Gara-gara Terlalu Takut, Ular Sawa Jatuh Ke Tingkat Bawah Disepak Warga Emas
Wanita Warga Emas Pandu Mini Cooper Disamun, Kereta Dilarikan
Penerbit Program Tv Didakwa Rompak, Cabul Dalam Surau
18sg: Tangan Warga Emas Hancur Tersepit Mesin Tebu
Warga Emas Mahu Ke Masjid Kena Samun, Rugi Rm30,000
Warga Emas Takut Separuh Mati Kereta Dihempap Lori Tangki



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 33
Rompak Kedai Emas Hanya 15 Saat, Kerugian Rm50,000
sukawg
113858
Forum Jump: