Rumah Mudah Alih Hanya Ambil Masa 6 Jam Untuk Dipasang

Online
11-23-2017, 07:51 AM,
#1
resim
RUMAH mudah alih yang dibina dalam pelbagai saiz bermula daripada 26.9 hingga 83 meter persegi ini mempunyai dua peringkat tangga.

resim
RUANG dalaman yang luas serta reka bentuk anggun antara tarikan yang ditawarkan.

resim
GAMBAR menunjukkan pembinaan rumah inovatif yang mampu dimiliki pada harga £24,800.

LONDON – Sebuah rumah mudah alih berharga £25,000 (RM136,564) mampu dirobohkan dan dipindahkan ke lokasi baharu untuk dibina semula hanya dalam tempoh enam jam. Apa yang lebih menarik, ia kalis gempa bumi.

Proses pemasangan pula memerlukan tiga tenaga manusia bagi tempoh antara enam hingga tujuh jam termasuk pemasangan bumbung, dinding bahagian dalam serta lantai.

Rumah tersebut boleh dibina di mana-mana lokasi tanpa memerlukan tapak konkrit dan ia datang dalam pelbagai saiz bermula dari 26.9 hingga 83 meter persegi yang mempunyai tangga.

Semua model asas mempunyai sebuah bilik mandi, bahagian dapur serta panduan pemasangan teknikal akan dihantar kepada pelanggan dalam tempoh 60 hari selepas lakaran akhir.

Komponen rumah tersebut yang merupakan produk syarikat M.A. Di Home dikeluarkan di sebuah kilang di Itali dan boleh diangkut ke lokasi baharu menggunakan trak. – Agensi/Kosmo

Possibly Related Threads...
'hanya Fikir Nak Selamatkan Anak'
Teknik Couching, Tolak Lensa Mata Ke Dalam Untuk Rawat Katarak Berisiko Jadi Buta
Harga Petrol: Hanya 1 Sen Sahaja Perubahan Selama 36 Minggu
Demi Sesuap Nasi, Lelaki Berenang Di Laut Untuk Jual Aiskrim
Bayi Kembar Dijual Rm15,000 Di Laman Mudah.my
Salah ' Standby' Senjata Untuk Tujuan Pertahankan Diri, Kata Peguam
Lelaki Mengaku Salah Cuba Ambil Alih Pesawat Mas Mh128 Padai Mei Lalu
Lelaki Raih Rm67 Juta Setahun Hanya Dengan Bermain Game Di Youtube
Hadkan Hanya Seorang Dalam Keluarga Kerja Kerajaan
3 Tan Sampah Dikutip Di Rumah Dua Beranak Oku Di Seremban



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 49
Rumah Mudah Alih Hanya Ambil Masa 6 Jam Untuk Dipasang
sukawg
113845
Forum Jump: