Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda

Offline
10-28-2016, 03:22 PM,
#1


resim

MOSCOW: Rusia telah menyerahkan data radar mentah dari tempat di mana pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH17 ditembak jatuh di kawasan dikuasai pemberontak di timur Ukraine kepada Belanda, Moscow mengesahkan Khamis.



"Kami telah memberikan data radar mentah kepada Belanda yang kami temui sebulan yang lalu," kata jurucakap Kementerian Luar, Maria Zakharova kepada AFP.

Beliau bercakap selepas Menteri Kehakiman Belanda, Ard van der Steur memberitahu Parlimen pada Rabu bahawa pendakwa Rusia telah menyerahkan 'paket maklumat' kepada kedutaan Belanda di Moscow.

Ard berkata beliau tidak dapat memberikan butiran kerana kandungan itu perlu dinilai sama ada ia berguna untuk siasatan.

Kementerian Pertahanan Rusia pada lewat September telah mengeluarkan apa yang didakwa sebagai 'imej radar baharu' yang menunjukkan bahawa tidak ada peluru berpandu dilancarkan dari wilayah yang dikuasai pemberontak pada hari penerbangan MH17 ditembak jatuh pada Julai 2014, bertentangan dengan beberapa perisytiharan sebelum ini.

Kementerian itu mengeluarkan imej kepada wartawan, dua hari sebelum pasukan penyiasat jenayah antarabangsa yang dipimpin Belanda mengeluarkan penemuan awal pada 28 September berhubung nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang mendapati peluru berpandu telah diangkut dari Rusia.

Pasukan penyiasatan itu yang telah menghabiskan masa selama dua tahun menyiasat kemalangan yang mengorbankan semua 298 kru dan penumpang berkata pada masa itu Rusia tidak memberikan data radar baharu kepada mereka. - MStar

Possibly Related Threads...
Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17
Waris Mh17 Diberi Taklimat Pagi Ini
Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan
Pokok Pertama Mengenang Tragedi Mh17 Ditanam
Suspek Tembak Mh17 Dijangka Diketahui 2018
Perbicaraan Tragedi Mh17 Mungkin Di Australia
Tragedi Mh17: 100 Suspek Dikenal Pasti
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
Keputusan Awal Siasatan Jenayah Nahas Pesawat Mh17 Bulan Depan
Inkues Tragedi Letupan Pesawat Mh17 Bermula



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 315
Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda
sukawg
105454
Forum Jump: