Russia Denda Google Rm27 Juta

Offline
08-12-2016, 08:05 AM,
#1
resim

MOSCOW 12 Ogos - Pihak berkuasa antimonopoli Rusia semalam mendenda syarikat teknologi Google sebanyak 438 juta ruble (RM27 juta) selepas didapati bersalah menyalah guna penguasaan dominan mereka dengan memaksa pembuat telefon pintar untuk memasang enjin carian firma itu pada sistem Android.

Perkhidmatan Antimonopoli Persekutuan (FAS) pada September lalu menganggap Google melanggar undang-undang tentang melindungi persaingan selepas siasatan disusuli aduan oleh enjin carian terbesar Rusia, Yandex.

Yandex meminta pihak berkuasa antimonopoli negara ini supaya menghalang telefon Android daripada secara automatik dipasang dengan enjin carian Google.

Menurut FAS, Google mempunyai tempoh dua bulan untuk membayar denda itu. - AFP/Utusan

Possibly Related Threads...
Google Peringati Jasa Heroin Tidak Didendang
Kerajaan Maharashtra Larang Guna Google Translate
Permainan Pac Man Pada Google Maps Anda Boleh Dimainkan Sekarang
#streetview Google 3 Tempat Menakutkan Sempena Sambutan Halloween
Bimbang Disaman, Google Padam Gambar-gambar Bogel Selebriti
Pengguna Internet China 591 Juta



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 384
Russia Denda Google Rm27 Juta
sukawg
104270
Forum Jump: