SATU HADIS SETIAP HARI.....

Away
12-20-2013, 11:01 AM,
Orang-orang Yang Berhak Menerima Zakat
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma – ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.( orang inilah yang sebenarnya layak diberi zakat)”
Offline
12-20-2013, 11:02 AM,
terima kasih @[ontok2]

respek
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.
Offline
01-04-2014, 09:06 PM,
Abu Hurairah r.a berkata,

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salahseorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu be-rapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.
Offline
01-04-2014, 09:23 PM,
Dari Abdullah bin Amr bin al ‘Ash bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah membaca firman Allah mengenai Ibrahim: ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku’ (Ibrahim: 36) hingga akhir ayat. Dan mengenai Isa ‘alaihissalam: ‘Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana’ (Al-Maidah: 118), kemudian beliau mengangkat kedua tangannya seraya berdoa: “Ya Allah, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku,” dengan bercucuran air mata. Kemudian Allah ‘Azza Wajalla berkata kepada malaikat Jibril: “Temuilah Muhammad -dan Rabbmulah yang lebih tahu- dan tanyakan kepadanya: ‘Apa yang membuatmu menangis?’ Maka malaikat Jibril pun bertanya kepada beliau, dan beliau shallallahu ‘alaihi wasallam menjawabnya dengan apa yang dikatakan Allah -dan Allah lebih mengetahui hal itu-. Kemudian Allah berkata: ‘Wahai Jibril, temuilah Muhammad dan katakan bahawa Kami akan membuatmu senang dengan umatmu dan tidak akan membuatmu sedih kerananya’. (Sahih Muslim, no. 301)
Offline
01-05-2014, 06:37 PM,
Dari Jabir bin Abdullah dia berkata: “Aku telah mengikuti solat hari raya bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Beliau memulainya dengan solat sebelum menyampaikan khutbah, tanpa disertai azan dan iqamah. Setelah itu beliau berdiri sambil bersandar pada tangan Bilal. Kemudian beliau memerintahkan untuk selalu bertakwa kepada Allah, dan memberikan anjuran untuk selalu mentaati-Nya. Beliau juga memberikan nasihat kepada manusia dan mengingatkan mereka. Setelah itu, beliau berlalu hingga sampai di tempat kaum wanita. Beliau pun memberikan nasihat dan peringatan kepada mereka. Beliau bersabda: “Bersedekahlah kalian, kerana kebanyakan kalian akan menjadi bahan bakar Neraka Jahannam.” Maka berdirilah seorang wanita terbaik di antara mereka dengan wajah pucat seraya bertanya: “Kenapa ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Kerana kalian lebih banyak mengadu (mengeluh) dan mengingkari kelebihan dan kebaikan suami.” Akhirnya mereka pun menyedekahkan perhiasan yang mereka miliki dengan melemparkannya ke dalam kain yang dihamparkan Bilal, termasuk cincin dan kalung-kalung mereka. (Sahih Muslim, no. 1467, Sunan An-Nasai, no. 1557)
Offline
01-06-2014, 07:39 AM,
Dari Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan: “Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam pernah bersabda ketika beliau sehat: “Tak seorang Nabi pun diwafatkan selain diperlihatkan tempat tinggalnya di syurga, kemudian dia disuruh memilih (untuk tetap hidup di dunia atau wafat).” Tatkala beliau sakit dan kepalanya berada di pehaku, beliau pengsan beberapa saat, kemudian sedar dan mengalihkan pandangannya ke bumbung, kemudian berujar: “Ya Allah, pertemukanlah aku dengan kekasih yang tertinggi.” Aku berkata dalam hati: “Ini bererti beliau tidak lagi memilih untuk tetap bersama kami, dan Aisyah faham bahawa itu adalah ucapan yang beliau perdengarkan kepada kami.” Lanjut Aisyah: “Itulah akhir ucapan yang Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam katakan, iaitu: “Ya Allah, pertemukanlah aku dengan kekasihku yang tertinggi.” (Sahih Bukhari, no. 6028)
Offline
03-31-2014, 02:00 AM,
Dari Anas r.a., katanya: "Saya mendengar Rasululiah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah 'Azzawajalla berfirman:
"Jikalau Aku memberi cobaan kepada hambaKu dengan melenyapkan kedua matanya
- yakni menjadi buta, kemudian ia bersabar, maka untuknya akan Kuberi ganti syurga kerana
kehilangan keduanya yakni kedua matanya itu." (Riwayat Bukhari)
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 126 <<>> Dilihat: 20092
SATU HADIS SETIAP HARI.....
astrowan
14977
Forum Jump: