Sabtu 24 Jun Lihat Anak Bulan Syawal

Offline
06-17-2017, 11:37 PM,
#1


resim

KUALA LUMPUR 17 Jun - Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah petang Sabtu, 24 Jun bersamaan 29 Ramadan 1438 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.



Kenyataan itu menjelaskan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa menerusi radio dan televisyen," kenyataan itu menerangkan.

Anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara iaitu:

JOHOR: Pontian Kecil

MELAKA: Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Tanjung Bidara)

NEGERI SEMBILAN: Telok Kemang (Port Dickson)

SELANGOR: Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra (Banting), Balai

Cerap Selangor (Sabak Bernam) PERAK: Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru (Manjong)

PULAU PINANG: Pusat Falak Sheikh Tahir (Pantai Aceh)

KEDAH: Kampung Pulau Sayak (Kuala Muda), Pemandangan Indah (Pulau Langkawi),

Menara Alor Setar (Alor Setar)

TERENGGANU: Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut), Balai Cerap KUSZA (Setiu)

KELANTAN: Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampong Tembeling (Kuala Krai),

Menara Bangunan SEDC (Kota Bharu)

SARAWAK: Esplanade Luak (Miri), Teluk Bandung (Kuching), Tanjung Batu (Bintulu)

SABAH: Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil (Putatan)

PAHANG: Bukit Tanjong Batu (Nenasi), Gunung Berincang (Cameron Highlands),

Bukit Pelindong (Kuantan)

LABUAN: Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah

KUALA LUMPUR: Menara Kuala Lumpur PUTRAJAYA: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

PERLIS: Kuala Sungai Baru (Simpang Empat). - BERNAMA/Utusan

Possibly Related Threads...
Anak Kucing Dikerat-kerat, Dicampak Depan Pintu Di Sekinchan
Anak Mati Dalam Pusat Serenti, Ibu Dapat Ganti Rugi Rm305,000
Anak Tiada Dokumen Gara-gara Ibu Bapa Terlanjur Dan Tak Mahu Kahwin
Malas Pergi Tandas, Ibu Suruh Anak Kencing Dalam Mangkuk
Denda Lewat Daftar Anak Naik Dari Rm50 Kepada Rm1,000
Hati Tersentuh Lihat Gadis Melecur Tabah Harungi Pt3
Anak Panda Gergasi Nuan Nuan Faham Cakap Melayu
Ibu Tahu Anak Dirantai Pada Tong Gas Namun Buat Tak Tahu
Curi 3 Karton Arak, Lelaki Islam Dipenjara 3 Bulan
Ibu Ditahan Tinggalkan 4 Anak Untuk Pergi Melancong



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 101
Sabtu 24 Jun Lihat Anak Bulan Syawal
sukawg
110938
Forum Jump: